Anti Roll Bar

anti roll bar memainkan peranan penting untuk mengukuh chasis kereta dan seterusnya dapat meningkatkan pengendalian kereta terutamanya semasa kelajuan tinggi ataupun semasa mengambil selekoh, malahan hard braking juga disokong oleh anti roll bar. entri kali ini ialah jenis-jenis bar yang dipasang pada kereta saya dengan tujuan supaya pengendalian pemanduan menjadi lebih mantap


gambar atas ialah bar yang lebih dikenali sebagai strut bar yang dipasang dalam ruang enjin dengan tujuan untuk mengukuhkan body kiri dan kanan kereta. dengan ini body atau chasis kereta menjadi lebih kukuh dan rigid. oleh yang demikian, kurangnya olengan semasa melalui selekoh tajam


pelbagai jenama yang terdapat di pasaran sturut bar dan saya lebih gemar menggunakan strut bar dari halfcut iaitu jeni aloi yang kebiasaannya diambil dari halfcut evo123. jenis aloi ringan tapi berkesan apabila memasangnya. gambar atas ialah jenis hotbits yang boleh diperoleh di mana-mana kedai accessories dengan harga sekitar rm150-rm180


sekarang jenama ultra racing tidak kurang diperkatakan oleh peminat kereta dan rata-rata kebanyak kedai menjual bar jenama ini. pastikan semasa anda membeli jenama ini terdapat no siri dan jenis kereta yang ditampal pada bar berkenaan dan ini menandakan barangan tersebut original. gambar atas strut bar ultra racing untuk perodua viva


kebanyakan kereta mempunyai anti roll bar atau sway bar yang dipasang pada bahagian bawah kereta. bagi pemilik kereta wira sangat digalakkan memasang sway bar yang diambil dari kereta mitsubishi evo 2/3 kerana sway bar jenis ini tidak menggunakan bush sate seperti yang digunakan pada kereta wira atau keluaran proton. sway bar evo menggunakan drop link untuk menghubungkan bar dengan absorber, jadi pengendalian kereta akan menjadi lebih mantap jika dibandingkan dengan sway bar standard wira


ini merupakan anti roll bar R3 bersaiz 19mm yang boleh dibeli di kedai R3 parts. saya beli dulu dengan harga sekitar rm320 termasuk kos postage. bar R3 ini lebih besar jika dibandingkan dengan sway bar evo2/3


untuk menghubungkan anti roll bar evo atau R3 perlulah mendapatkan drop link seperti gambar di atas dan harus diingat absorber perlu ada telinga untuk menghubungkan drop link ini. kebanyakan adjustable absorber sekarang mempunyai telinga untuk memudahkan anda memasang drop link tersebut. drop link baru boleh diperoleh di kedai spare part dari model GTI dengan harga rm60 sepasang


ini bar fender 2 points keluaran first batch ultra racing yang saya beli sekitar tahun 2003 dahulu dan sekarang masih berkhidmat dengan cemerlang pada kereta saya.


3 points fender bar ultra racing


bahagian belakang pula kita boleh memasang rear anti roll bar dan untuk pengetahuan wira 1.3/1.5 tidak terdapat bar belakang ini, hanya kereta 1.6/1.8 sahaja yang ada bar tersebut bagi keluaran proton termasukalah satria GTI. proton PUTRA. pengguna wira 1.3/1.5 boleh memasang secara plug n play rear anti roll bar ini pada kereta masing-masing yang boleh diambil dari model proton ataupun dari model mitsubishi seperti mivec, fto dan beberapa model lagi


gambar atas ialah proses pemasangan rear anti roll bar yang diambil dari wira 1.6 dan dipasangkan pada satria 1.3 rakan saya. perhatikan hujung bar tersebut iaitu kalau dari model proton menggunakan drop link seperti di atas tetapi kalau dari model mitsu menggunakan drop link seperti sway bar hadapan tetapi lebih pendek sedikit


gambar atas ialah strut bar yang dipasang pada bahagian hujung absorber belakang. kebanyakan kedai acc ada menjual bar tersebut dengan harga sekitar rm120-rm150. di kedai halfcut juga terdapat strut bar ini yang digunakan pada kereta evo123, boleh plug n palay pada kebanyakan kereta proton


rear strut bar dari evo2 aloi


ini bar terakhir yang saya pasang pada kereta saya iaitu dalam boot belakang yang diambil dari evo3, pun plug n play juga pada body wira


buka nat 12mm yang mengikat bracket bumper dan pasangkan bar ini tanpa perlu lakukan apa-apa pengubahsuaian


bar ini boleh diperoleh di halfcut dengan harga sekitar rm100-rm120 sahaja

sekian, terima kasih
jumpa lagi