Race Tech Smooth Shift

bersua kembali dengan entri pemasangan race tech smooth shift iaitu untuk menggantikan bushing asal pada hujung linkage gear pada gearbox. smooth shift ini boleh dirasai perbezaannya serta merta sebaik sahaja selesai dipasang, kemasukan gear jadi lebih lancar, smooth dan kalau ada yang mengalami masalah gear longgar atau banyak free play kemungkinan brangan ini boleh mengatasi masalah tersebut


race tech smooth shift dibuat daripada aluminium


sepasang bush aluminium, snap ring dan klip


manual disertakan sekali dalam pakej pembelian. sesuai untu kereta wira/mitsu 1.3-2.0


sepasang bush asal pada gear


keluarkan pin dan washer sepert di atas


keluarkan hujung linkage daripada bracket gear


masukkan screw driver pada bushing asal dan tuil untuk keluarkan bush


bush asal yang dikeluarkan


close-up bush asal


dah kosong tempat kemasukan bush dan di sinilah nanti smooth shift akan dimasukkan


masukkan smooth shift dan padankan pada gear


pasangkan snap ring (gunakan playar untuk memasukkan snap ring), pasangkan washer asal dan masukkan pin baru yang dapat bersama pakej tadi


dah pasang bahagian satu lagi


dah pun siap dan boleh cuba masukkan gear kereta anda dan pasti akan ada perubahan daripada sebelumnya, selamat ber'diy'

sekian, terima kasih
jumpa lagi