RH Driveshaft Removal

bersua lagi dengan entri mengenai bagaimana mengeluarkan driveshaft daripada enjin kereta. sekiranya berlaku kebocoran oil seal driveshaft, driveshaft dah berbunyi disebabkan cv joint dah rosak, driveshaft bengkok dan sebagainya maka perlulah kita mengeluarkan driveshaft daripada enjin kereta untuk menggantikan komponen yang rosak tersebut. kali ini saya paparkan bagaimana cara mengeluarkan driveshaft dari enjin kereta khususnya pada gearbox dan digantikan dengan driveshaft yang lain, ikutilah langkah seterusnya...

pertamanya buka nat bersaiz 32mm yang mengikat driveshaft pada hub kereta. nat ni agak tinggi torquenya dan perlulah menggunakan batang paip atau pryer bar bagi memudahkan kerja-kerja memusing nat tersebut. apabila dah dapat dipusing barulah jack kereta dan jangan lupa letakkan juga jack stand untuk keselamatan anda

keluarkan tayar dan keluarkan nat driveshaft pada hub seperti mana pada gambar yang ditunjukkan di atas. sebelum tu untuk membuka nat ini cotter pin yang menjadi lock nat ini hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan

buka nat absorber bersaiz 17mm iaitu 2 biji nat untuk absorber. bagi yang menggunakan nat chamber perlulah anda menandakan dahulu bahagian antara absorber dengan knuckle supaya chamber tidak lari nanti. kereta di atas tidak menggunakan nat chamber dan ini menyenangkan kerja saya untuk memisahkan absorber daripada knuckle. tarik knuckle ke arah anda untuk mengeluarkan driveshaft

buka drain nat minyak gearbox kerana minyak akan keluar melalui lubang kemasukan driveshaft pada gearbox seandainya kita tidak mengeluarkan sedikit minyak gearbox. keluarkan minyak sekadar 1 liter sahaja. bagi gearbox auto tidak perlu keluarkan minyak gear kerana minyak gear auto tidak akan keluar walaupun dicabut driveshaft. gearbox auto ada oil pan untuk menakung minyak gear. tidak sama seperti gearbox manual

minyak gearbox manual yang dikeluarkan, nampak sedikit kehitaman tapi sebenarnya masih cantik lagi dan masih boleh dipakai. ini minyak gear REDLINE sebab tu owner sayang nak buang

anda pernah lihat tool ini, untuk apa? sebenarnya tool ini selalu digunakan untuk membuka tayar motor tapi amat berguna untuk memisahkan driveshaft daripada gearbox, lagi panjang lagi baik. kalau tak ada tool ini bolehlah menggunakan screw driver yang besar

letakkan hujung tool tadi pada celah antara cv joint dan gearbox sepert yang ditunjukkan di atas

close-up tapi gambar sedikit blur. apabila dah rasa ketat tolak dengan sekali hentakkan ke arah berlawanan dan kalau dah kena caranya, dengan sekali hentak sahaja cv joint tu dapat dipisahkan daripada gearbox. sebelum tu sengetkan dulu knuckle supaya ada ruang untuk memisahkan cv joint ini. apabila dah keluar hujung ini bolehlah keluarkan driveshaft berkenaan

inilah driveshaft yang rosak iaitu sudah mengeluarkan bunyi apabila corner, bunyi halus sahaja dan sebelum keadaan menjadi parah owner ambil jalan tukar dengan yang lain, kebetulan ada spare

sebelum memasukkan driveshaft yang baru, periksa juga kandungan grease pada bahagian dalam cv joint kerana kadang kala terdapat juga barang 2nd ini yang grease dah hampir kering atau kurang. tambah dengan grease baru supaya tahan lebih lama

cable tie yang digunakan untuk mengikat boot driveshaft, saya tidak lagi menggunakan clip besi tapi gunakan cable tie bersaiz 380mm, lebih mudah dan senang, sarung dan tarik je

masukkan cable tie dan tarik sekuatnya dengan menggunakan playar

cable tie sebagai clip dah siap dipasang. setakat ini tak ada masalah walaupun tidak menggunakan clip besi untuk mengikat boot driveshaft

potong cable tie dan akan kelihatan kemas seperti gambar di atas

pasang semula driveshaft pada kereta dan akhir sekali buka nat 17mm pada bahagian hadapan gearbox untuk memasukkan kembali minyak gear yang dikeluarkan tadi. boleh search entri sebelum ini untuk mengetahui bagaimana cara mengeluarkan dan memasukkan minyak gearbox

terima kasih
sincerely - jeff tacra