Jazz Gear Shift Replacement

bersua lagi dengan entri mengenai pemasangan leather gear shift honda jazz ge. pemasangannya boleh dikatakan mudah sahaja kerana tiada kerja-kerja berat atau sukar semasa proses penukaran ini berjalan. cukup sekadar membuka gear shift lama dan ditukarkan dengan yang baru. ikutilah langkah di bawah ini

leather gearshift honda jazz ge yang diorder dari japan

sebelum melakukan kerja ini terlebih dahulu tuil gear hendaklah digerakkan ke belakang untuk memudahkan kerja-kerja membuka skru nanti. untuk melakukannya hendaklah membuka cover di bahagian tepi tuil gear seperti yang ditunjukkan di atas


masukkan kunci kereta sambil menekan ke bawah dan gerakkan gear ke belakang


umpil dengan berhati-hati bahagian hadapan atau cover penutup tombol gear kerana pada bahagian inilah nanti terdapatnya 2 skru


 cover gear shift yang telah dibuka


keluarkan 2 biji nat phillips sepert di atas


2 biji skru yang perlu dibuka


tarik gearshift ke atas dan dengan mudahnya dapat dikeluarkan tanpa sebarang masalah


perbandingan antara lama dan baru iaitu di sebelah kanan ialah leather gear shift


 baru dan lama


masukkan gear shift baru dan pasangkan semula 2 biji skru tadi


kenakan semula penutup gear


dengan hanya menekan sahaja cover dapat dimasukkan dengan mudah sehingga anda mendengar bunyi klik


leather gear shift baru dan selesai kerja pemasanganya


terima kasih
sincerely - jeff tacra