Honda Jazz GE with Stiff Ring

paparan kali ini berkisarkan mengenai pemasangan stiff ring atau kalau bagi keluaran umum lebih dikenali sebagai rigid collar bagi pengguna honda. stiff ring ini sebenarnya berfungsi sebagai menutup ruang yang ada antara subframe ke chasis kereta iaitu lebih tepat lagi fungsinya ialah menjadikan ruang antara bolt pada bahagian subframe ditutup sepenuhnya oleh bahan ini, hasilnya subframe kereta akan menjadi lebih tepat kedudukan dan bertambah rigid. hal ini akan menghasilkan perubahan yang boleh dikatakan ketara juga pada kereta iaitu kereta akan menjadi lebih stabil, bunyian tertentu boleh hilang, pergerakan subframe dengan chasis tidak akan berlaku lagi. anda boleh merujuk video-video yang banyak dipaparkan di youtube dengan tajuk rigid collar. kali ini saya paparkan cara pemasangan bagi kereta honda jazz GE atau lebih dikenali sebagai jazz GE8


stiff ring diperbuat daripada T6 aloi yang direka khusus untuk dipasangkan pada mana-mana kereta. harganya boleh dikatakan mahal juga dan boleh didapati di mana-mana kedai menjual peralatan performance kereta ataupun secara online. kotak merah di atas ialah untuk honda jazz manakala bahagian bawah pulah ialah untuk wira dan seangkatan dengannya.

untuk honda jazz GE satu set termasuk belakang iaitu pada bahagian hadapan perlukan 8 unit manakala untuk bahagian belakang hanya 2 unit sahaja dan menjadikan keseluruhannya 10 pieces

kalau diperhatikan pada gambar di atas kita akan dapat faham fungsi sebenar stiff ring ini iaitu dengan adanya stiff ring kedudukan bolt pada subframe ke chasis kereta akan menjadi center dan tidak akan senget seperti kedudukan sebelum ini. gambar bawah nanti ada saya tunjukkan kedudukan bolt berada dalam keadaan tidak center

terlebih dahulu dipaparkan bagaimana cara memasang stiff ring ini pada bahagian belakang honda jazz iaitu langkah pertamanya ialah jack kereta dan buka tayar kereta manakala pada bahagian bawah kereta ampu dengan menggunakan jack seperti yang ditunjukkan pada gambar dia atas suapay apabila kita membuka bolt nanti arm itu tidak jatuh ke bawah

kemudian buka klip untuk membuka cover getah pada bahagian hujung bendul kereta iaitu kedudukannya berhampiran dengan bolt arm honda jazz

dengan menggunakan spanar bersaiz 19mm keluarkan nat arm kereta

anda boleh perhatikan kedudukan bolt pada lubang chasis dan arm kereta berada pada kedudukan tidak center dan fungsi stiff ring inilah yang dapat mengembalikan kedudukan bolt pada tengah-tengah nanti

spray WD40 atau sapukan sedikit gris untuk memudahkan pemasangan pada kereta nanti kerana stiff ring ini agak ketat bila dipadankan pada tempatnya

apabila dipasangkan kita dapati kedudukan bolt dah center dan ini sebenarnya juga dapat menjadikan kereta lebih seimbang semasa dipandu

ini pula ialah pada bahagian hadapat kereta iaitu sama juga seperti bahagian belakang iaitu dengan menggunakan jack ampu subframe kereta supaya subframe tidak jatuh terlalu banyak. sebenarnya untuk bahagian hadapan bagi memasukkan stiff ring pada bahagian tengah antara subframe dengan chasis kita hanya perlu turunkan subframe hanya sebanya 10mm sahaja. gambar atas ialah poses membuka bolt subframe hadapan

masukkan stiff ring tertentu pada bahagian tengah antara subframe dengan chasis. jangan risau kerana di dalam kotak stiff ring terdapat manual secara bergambar stiff ring manakah yang perlu dipasangkan pada bahian-bahagian tertentu. lengkap dengan gambar sekali untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan nanti

lihat kedudukan stiff ring antara sub frame dengan chasis hadapan

bahagian bawah pun masukkan satu pada bolt dan pasangkan kembalik bolt berkenaan. jangan ketatkan terus bolt ini hanya sekadar pasangkan sahaja terlebih dahulu 

ini pula ialah bolt pada bahagian tengah sub frame

dan akhir sekali ialah pada bahagian belakang sub frame depan. apabila kesemuanya sudah dipasang, barulah etatkan perlahan-lahan pada keseluruhan bolt kiri dan kanan dengan hanya menggunakan tangan sahaja. jangan gunakan gun spanar kerana boleh merosakkan stiff ring ataupun thread chasis kereta. apabila siap dipasang bolehlah menguji kereta dan pastinya perubahan akan dapat dirasai ketika memandu

terima kasih
sincerely: jeff tacra