Reinforce OEM Engine Mounting

bersua kembali.. entri kali ini saya bincangkan mengenai enjin mounting khususnya bagi kereta proton seperti wira dan yang seangkatan dengannya. enjin mounting memainkan peranan yang sangat penting selain daripada sebagai tempat enjin bergantung atau ditempatkan di dalam engine bay ia juga berperanan untuk menyerap gegaran daripada enjin semasa enjin beroperasi. pada enjin proton khusunya wira tertapat 4 mounting iaitu pada bahagian bawah enjin dipasangkan pada crossmember enjin (satu di belakang dan satu lagi di hadapan enjin) dan di kiri kanan enjin masing-masing satu mounting. kerosakan yang paling cepat berlaku ialah pada bahagian hadapan dan belakang enjin kerana pergerakan enjin yang menyebabkan mounting ini mudah rosak. manakala bahagian kiri dan kanan enjin mengambil masa yang lama sedikit untuk rosak, walau bagaimanapun suatu hari nanti ia akan rosak juga. harus diingatkan bahawa antara enjin manual dengan automatik ada perbezaan sedikit terhadap mounting ini


entri ini khusus untuk menambahbaikkan lagi mounting kiri dan kanan enjin iaitu selalunya pada bahagian ini berat enjin telah merubah kedudukan asal mounting ini. kalau diperhatikan mouting pada bahagian timing belt amat ketara perubahan tersebut iaitu terjadinya gap yang besar pada bahagian bawah mounting disebabkan berat enjin terutamanya bagi yang menukar enjin yang lebih besar




lihatlah perbezaan mounting baru (kiri) dan mounting lama (kanan). didapati mounting kanan terdapatnya gap yang ketara pada bahagian bawahnya lebih-lebih lagi semasa berada pada kereta. bahagian atasnya pula tidak ada ruang langsung disebabkan berat enjin telah menghasilkan keadaan seperti ini. sebab itulah kita dapati ada sesetengah enjin kedudukannya senget pada bahagian kiri enjin (bahagian timing belt) disebabkan fenomena ini berlaku. jadi tutorial kali ini ialah bagaimana kita menambahkan sedikit bahan iaitu timing belt terpakai pada bahagian ruang atas mounting dan dengan ini sedikit-sebanyak dapat mengukuhkan lagi mounting tersebut. saya telah melakukan perkara ini dan didapati ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan asal iaitu enjin terasa lebih kemas dan semasa kereta hendak bergerak terasa lebih kukuh kedudukan enjin, manakala gegaran sedikit sahaja dirasai dan tidak menjejaskan keselesaan pemandu. ada sesetengah rakan mengatakan lebih baik tukar mounting yang full rubber dan ada komen-komen yang mengatakan kalau pakai full rubber mounting akan menyebabkan enjin bergegar kuat dan dapat dirasai pada bahagian dashboard kereta. jadi saya tidak tahu bagaiamana gegaran yang dihasilkan oleh full rubber mounting ini kerana saya tidak menggunakannya. saya lakukan eksperimen ini dan didapati ianya bersesuaian dengan kehendak saya




gambar atas menunjukkan keadaan mounting lama yang dibuka daripada kereta saya. gap bahagian bawah amat ketara semasa mounting ini berada pada kereta sehinggakan tiada ruang langsung pada ruang atas mounting tersebut. pada ruang atas inilah saya akan masukkan timing belt lama dengan tujuan dapat menstabilkan kedudukan enjin dan diharapkan dapat menambahbaik prestasi enjin nanti




peralatan yang diperlukan ialah seperti yang dipaparkan di atas ini iaitu lebihan timing belt lama, gunting, tukul dan jaw puller. jaw puller ini sangat perlu jika kita hendak menjalankan projek ini dengan menggunakan mounting lama kerana bahagian atas mounting tidak ada ruang lagi untuk kita masukkan timing belt. jadi perlukan tool ini untuk membuka kembali ruang tersebut




dengan menggunakan jaw puller lakukan seperti gambar di atas untuk menghasilkan ruang yang banyak pada bahagian atas. kalau mounting baru memang tak perlu lakukan proses ini kerana kedudukan lubang bolt nat mounting sudah berada seperti gambar di atas




potong dua bahagian kepingan timing belt iaitu satu bahagian dengan 7 gigi dan satu bahagian lagi 6 gigi dan masukkan kepingan timing belt seperti di atas pada ruang atas mounting. dengan menggunakan tukul kecil ketuk perlahan-lahan pada timing belt supaya kedudukannya masuk dengan kemas pada ruang rubber mounting




potong dua kepingan lagi timing belt dan masukkan pada bahagian sebelah mounting dan akhirnya potong 1 gigi timing belt dan masukkan pada tempat seperti yang dipaparkan pada gambar di atas ini. seperti biasa ketuk perlahan-lahan dengan tukul supaya rapat ke dalam ruang tersebut




tanggalkan jaw puller sekiranya anda menggunakan tool ini.proses seterunyan ialah menampal pada bahagian sisi timing belt tadi dengan auto silicone seperti di atas. anda boleh menggunakan mana-mana silicone seperti windscreen silicone pun boleh digunakan dengan baik. jangan gunakan silicone sinki rumah pulak




tampalkan silicone seperti di atas dan biarkan selama 24 jam supaya ia kering sepenuhnya. apabila telah kering maka bolehlah dipasangkan pada kereta anda dan anda akan terasa kelainannya sebaik sahaja kereta dihidupkan. untuk makluman anda saya menggunakan mounting biasa pada bahagian crossmember jadi gegaran kuat memang tidak berlaku pada kereta saya selepas menjalankan projek ini. tak tahulah bertahan selama mana hasilan ini. apa yang pasti memang dirasakan agak lain sedikit semasa kereta hendak mula bergerak. ok, selamat mencuba



terima kasih
sincerely: jeff tacra