Innovate Wideband LC1

assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini saya akan kongsikan sedikit info dan pengalaman saya sepanjang saya menggunakan innovate wideband siri LC1 yang dipasang secara kekal di kereta saya. untuk on the road wideband tuning, saya menggunakan set innovate LM2. mungkin ada info dan tips berguna yang dapat dijadikan panduan bagi sesiapa sahaja yang sedang menggunakan set ini atau pun yang berhajat untuk memiliki set innovate LC1 ini pada kereta masing-masing. kebiasaannya sensor wideband brand BOSCH ini dapat bertahan lama juga jika kita lakukan pemasangan dengan kaedah yang betul dan mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar innovate itu sendiri dan seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat sensor itu. perbincangan saya ini berkisarkan bagaimana hendak memasang sensor pada kedudukan yang betul dan bagaimana langkah untuk mengurangkan kepanasan untuk menjaga hayat sensor ini

inilah innovate wideband LC1 yang saya gunakan dan dipasang kekal di kereta semenjak daripada tahun 2011 lagi dan sehingga sekarang masih berfungsi dengan baik tanpa ada apa-apa kerosakan. pun saya tak pernah menukar sensor lagi dengan yang baru. harga semasa tahun berkenaan sekitar 500 lebih sahaja dan sekarang saya kira harganya boleh mencecah 1k lebih. mungkin ada yang bertanya apa kegunaan innovate wideband ini, sebenarnya kita hendak mengetahui bacaan air fuel ratio kereta kita berpandukan meter tersebut. air fuel ratio ini sangat berguna untuk tune kereta agar pembakaran lebih sempurna dalam enjin dan boleh meningkatkan prestasi kereta di samping dapat menjimatkan penggunaan minyak petrol. kalau hendak tuning dengan baik sudah tentu memerlukan engine management tertentu yang dipasang pada kereta. mungkin saya akan membuat entri baru berkaitan pemasangan dan wiring LC1 ini serta penerangan mengenai air fuel ratio pada akan datang

berbalik kepada bahan kita hari ini ialah pemasangan dan penjagaan wideband sensor keluaran bosch ini. rajah atas menunjukkan angle terbaik untuk menempatkan sensor pada pipe exhaust iaitu kalau mengikut manual yang dikeluarkan oleh innovate pemasangannya boleh dilakukan pada kedudukan pukul 9 hingga pukul 3. sebenarnya kedudukan ini terbaik kerana sensor tidak akan dimasukki air semasa kita memanaskan kereta pada waktu pagi. salah satu perkara yang menyebabkan sensor mudah rosak ialah kerana terkena air. jadi angle di atas perlu dibuat ketika memasangnya nanti bagi mengelakkan air bertakung pada kepala sensor

gambar atas merupakan contoh angle yang saya pasangkan pada pipe exhaust kereta saya. sebenarnya jika kita memasang sensor dalam keadaan yang sedemikian masih tidak bagus lagi. hal ini kerana sensor masih lagi menerima kepanasan melampau hasil daripada suhu exhaust yang panas. jadi langkah seterusnya harus kita buat untuk mengelakkan dan mengurangkan kepanasan badan sensor tersebut dengan kaedah yang betul

rajah atas ialah seperti mana yang dikeluarkan dalam manual pemasangan innovate yang disertakan sekali semasa kita membeli set innovate baru. garisan merah menunjukkan heat sink yang perlu kita buat untuk mencegah kepanasan tersebut. di sebelahnya ialah ukuran yang dicadangkan ketika kita menghasilkan heat sink atau heat shield ini. saya telah buat sendiri heat sink ini dengan menggunakan cover extractor yang berwarna chrome itu yang saya ambil daripada cover terpakai. potong mengikut skala yang diberikan dan bengkokkan seperti lakaran berwarna merah di atas. setelah siap, pasangkan seperti mana kedudukan yang ditunjukkan pada rajah sebelah kiri

ini ialah contoh gambar yang saya ambil di laman web tertentu. pemilik kereta ini menghasilkan sendiri dengan menggunakan copper dan ternyata owner meniru 100% seperti yang dicadangkan pada lakaran yang dicadangkan oleh innovate seperti gambar yang saya tunjukkan sebelum ini. gunakanlah material yang bersesuaian 

ini pula ialah kedudukan sensor setelah dipasangkan pada pipe exhaust berserta dengan heat sink yang dilakukan secara DIY sahaja. persoalannya di manakah kedudukan sensor yang perlu dipasang? lokasi terbaik seperti yang disarankan oleh innovate ialah pada pipe bawah selepas flexible (nenas). lagi pun lokasi tersebut mempunya sistem pengudaraan yang baik kerana kedudukannya pada bahagian bawah kereta. bukan tidak boleh pasang pada tempat lain, boleh je tapi faktor kepanasan melampau perlu diambil kira untuk memanjangkan hayat sensor ini. sensor pula bukan murah, yang original bosch berharga melebihi rm300. kalau kerap rosak je, kopak juga duit kita

ini satu lagi contoh heat sink yang dihasilkan secara diy sahaja. nampak mudah dan kos nya pun boleh dikatakan agak murah daripada kita membeli heat sink yang dikeluarkan oleh innovate itu sendiri

inilah heat sink yang dikeluarkan oleh innovate dengan harga hampir rm400 seunit. lebih baik buat sendiri dengan kepingan besi seperti mana gambar di atas tadi. dapatkan cover extractor dan potong mengikut ukuran yang telah saya berikan tadi

ok lah, inilah sedikit pengalaman saya menggunakan set innovate LC1 yang dipasang secara kekal di kereta. bolehlah saya memantau bacaan air fuel ratio pada setiap rpm dan sekiranya terdapat kelainan atau perubahan ketara maka dengan mudah kita boleh tuning balik pada tempat (rpm) yang dinyatakan tadi. set innovate LC1 ini banyak dipasang oleh pemilik kereta mat salleh, boleh google cara pemasangan LC1 di internet

terima kasih
sincerely: jeff tacra