Throttle Body Coolant Hose Joiner

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

paparan entri kali ini ialah hasil yang telah dilakukan oleh rakan saya dengan nama nick FB beliau ialah kemang lah ni. boleh klik sini untuk melihat profile fb beliau.saya telah mendapatkan kebenarannya untuk memuatkan hasil kerja ini dengan harapan dapat dijadikan panduan untuk semua sekiranya mempunyai masalah yang sama seperti tersebut. masalahnya ialah berlakunya kebocoran coolant pada bahagian pipe untuk menyambungkan hose coolant ke throttle body. kerja-kerja penukaran pipe ini boleh dilakukan secara diy sahaja kerana tidaklah rumit sangat, cuma anda perlu dapatkan peralatan dan tool yang secukupnya untuk melakukan kerja-kerja ini

kelihatan coolant hose joiner kereta honda crv yang bernadikan enjin B20B ini yang mengalami kerosakan yang serius dan perlu ditukar dengan hose joiner yang baru. joiner ini terdapat juga pada throttle body proton atau mitsu lancer yang mana akan ada dua hose inlet dan outlet coolant ke throttle body. kebocoran bahagian ini berlaku selalunya disebabkan air radiator berkarat dan lama-kelamaan akan menmbusi bahagian joiner ini

dapatkan hose joiner yang baru di kedai spare part dengan harga sekitar rm10 sahaja dan mungkin ada lagi yang lebih murah. saiz yang diperlukan untuk throttle body honda crv ini ialah 8mm. anda perlu mengukur joiner asal untuk mendapatkan saiz yang betul apabila membeli alat ini di kedai spare part

seterusnya kita perlu dapatkan bit drill yang saiznya kurang 0.1mm daripada saiz joiner ini. tujuannya ialah kita hendak menebuk lubang atau drill pada throttle body untuk membentuk lubang baharu bagi memasang joiner ini

terlebih dahulu gunakan bit drill bersaiz kecil sedikit daripada saiz sebenar. apabila lubang telah terbentuk dengan sempurna maka tukarlah bit drill lebih besar sedikit dan akhirnya gunakan bit drill saiz seperti yang dinyatakan di atas tadi. ingat ye jangan tebuk lubang terlalu besar kerana hose joiner ini pasti akan longgar apabila dipadankan nanti, susah pula kerja-kerja seterusnya. tebuk perlahan-lahan sehingga membentuk lubang baharu yang boleh memasukkan joiner tersebut

kelihatan lubang telah terbentuk dengan baik pada bahagian berkenaan. pastikan jangan tebuk ke dalam sangat kerana dikhuatir akan mengenai bahagian dalaman throttle body ini

sebelum memasang joiner baharu terlebih dahulu letakkan sedikit gam gasket tak kira apa brand sekali pun untuk mengemaskan lagi joiner dengan lubang dan seterusnya supaya tidak berlaku kebocoran coolant nanti. sapukan keliling joiner dan kemudiannya barulah dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk tadi

masukkan joiner pada lubang tadi dan dengan perlahan-lahan kita perlu ketuk dengan tukul, kalau boleh tukul plastik atau tukul kayu supaya tidak merosakkan bahagian joiner tersebut. jangan paksa jika terlalu ketat kerana kemungkinan akan menyebabkan kerosakan pada bahagian throttle body akan berlaku. ketuk perlahan-lahan sehingga masuk pada ruang yang dibuat tadi

jangan masukkan ke dalam sangat, kita perlu pandai mengagak atau boleh buat ukuran terlebih dahulu panjang mana yang perlu dimasukkan ke dalam lubang throttle body tadi. tunggu seketika sehingga gam gasket kering sedikit kemudiannya barulah boleh disambungkan dengan hose seperti asal

apabila telah kering, sambungkan semula hose dan ketatkan klip hose. tambahkan coolant dan kemudiannya bolehlah kita start enjin kereta kita. biarkan enjin dalam keadaan idle sambil memerhatikan bahagian yang telah dibuat proses tadi agar tidak berlaku kebocoran coolant. ternyata hasil yang dilakukan oleh rakan saya ini berjaya dan sekarang kereta honda crv ini tidak lagi mengalami masalah kebocoran coolant pada bahagian tersebut

gambar atas pula ialah throttle body lancer 4G9X dan di sini juga terdapat inlet dan outlet coolant ke throttle body dan seterusnya mengalir semula ke enjin. bahagian ini mudah berkarat dan sekiranya didapati karat yang amat teruk maka bolehlah kita menukarnya dengan hose joiner yang baru dengan mengikuti langkah-kangkah seperti di atas

terima kasih
sincerely: jeff tacra
credit to: Kemang Lah Ni