Installing an Additional Fuse Box

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri blog kali ini ialah bagaimana cara untuk menambahkan fuse box tambahan serta melakukan kerja-kerja wiring terhadap fuse box tambahan ini supaya tiada lagi kedudukan fuse yang berselerak di ruang enjin kereta anda. dengan adanya fuse box tambahan ini boleh menambahkan lagi kekemasan engine bay sesebuah kereta di samping kedudukan wiring pun akan nampak lebih teratur dan cantik. anda boleh memilih pelbagai bentuk fuse box tambahan ini di pasaran sama ada 3 way, 4 way, 6 way dan lain-lain lagi mengikut keperluan peralatan tertentu yang memerlukan penggunaan fuse bagi sesebuah kereta seperti penggunaan horn aftermarket, penambahan fog lamp dan lain-lain lagi yang sesuai


saya telah memilih fuse box tambahan jenis 6 way iaitu kita boleh menggunakan 6 peralatan tertentu untuk digunakan pada kereta anda. saya hanya guna 5 fuse sahaja iaitu 2 untuk relay head lamp (satu fuse untuk relay headlamp kanan dan satu fuse untuk relay headlamp kiri). 1 fuse untuk drive relay


horn aftermarket, 1 fuse untuk relay starter dan 1 fuse lagi untuk relay foglamp tambahan. hanya ada 1 lagi fuse free yang tidak digunakan. selalunya fuse ini digunakan untuk supply current 12v daripada bateri ke relay untuk menghasilkan ouput 12v baru yang lebih stabil daripada relay tersebut


fuse box jenis ini menggunakan fuse jenis ato/atc blade saiz biasa seperti yang banyak digunakan pada kereta proton dan lancer atau kereta jenama lain lagi keluaran terdahulu. sekarang banyak kereta telah menggunakan fuse bersaiz lebih kecil daripada kebiasaan yag dikeluarkan oleh pembuat kereta terdahulu


pemasangan fuse box tambahan ini saya khususkan pemasangannya pada proton wira dan kedudukannya bolehlah diletakkan pada bahagian tepi fuse box asal. additional fuse box 6 way ini sangat sesuai diletakkan pada bahagian tersebut memandangkan saiznya yang kecil dan ngam pada ruang itu. anda cuma perlu buat bracket tambahan untuk dipadankan dengan body kereta seperti yang tertera pada gambar di atas, terpulang pada kreativiti anda


terdapat 8 wire pada bahagian bawah fuse box ini iaitu 2 wire untuk supply 12v daripada bateri (wire merah solid dan wire merah/putih). sebenarnya fuse box ini terbahagi kepada 2 bahagian input/output iaitu wire merah solid outputnya 3 fuse manakala wire merah/putih pun outputnya 3 fuse. jadi untuk menggunakan keenam-enam output 12v kita perlu menyambungkan wire merah solid dan merah/putih ke terminal positive (+) bateri kereta. siap penyambungan ini maka akan terhasillah output 12v ke mana-mana relay yang di tambah tadi


unutk melakukan kerja-kerja wiring ini terlebih dahulu kita mesti buka terminal negative (-) bateri agar tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini nanti. ok, output daripada fuse ini pula mempunyai 6 wire iaitu wire berwarna hijau, putih, kuning, merah, biru dan hitam (saiz wire kecil sedikit daripada 2 wire input bateri tadi). wire-wire inilah yang perlu ditarik dan disambungkan ke mana-mana relay tambahan yang digunakan iaitu disambungkan pada kaki relay no. 30, manakala kaki relay no. 87 pula merupakan out put keluaran baharu 12v yang lebih power dan stabil


gambar atas merupakan relay jenis spdt 4 terminal iaitu 87, 86, 30 dan 85 (boleh search penerangan lanjut mengenai relay ini dalam entri terdahulu). daripada wire fuse box tadi pilihlah mana-mana satu wire output dan disambungkan ke terminal no. 30 relay. terminal 85 relay ke ground atau body kereta (-), terminal 86 merupakan trigger seperti suis dsb dan terminal 87 pula ialah keluaran 12v yang baharu


saya tunjukkan contoh cara penyambungan horn aftermarket seperti diagram di atas. tumpuan kita ialah pada wire daripada bateri ke terminal 30 relay. kalau selama ini kita main letak je fuse kat mana-mana lokasi pada wire dari 12 bateri kan, jadi kali ini akan nampak lebih tersusun iaitu kita tarik satu wire daripada wire fuse box tambahan tadi ke terminal 30 relay. jadi sekarang kedudukan fuse adalah setempat sahaja


ini contoh fuse yang saya gunakan, sebenarnya kita boleh abaikan marking pada penutup fuse box tambahan ini dengan menggunakan penyambungan ke part tertentu selain daripada yang tertulis. 2 biji fuse 20A tu saya gunakan untuk relay headlamp, fuse 15A untuk starter dan horn. dan akhirnya fuse 10A untuk foglamp kereta. nampak lebih kemas kan. inilah coretan saya kali ini dan semoga bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk semua

terima kasih
sincerely - jeff tacra