bersua kembali. entri kali ini ialah mengenai keperluan pemasangan braided brake hose bagi yang menaik taraf caliper daripada single pot kepada 4 pot. atau 6 pot. single pot hanya mempunyai satu piston sahaja dan manakala 4 pot meempunyai 4 piston pada kedua-dua bahagian caliper
kepada pengguna yang telah menukar caliper kepada caliper yang lebih besar, dicadangkan untuk menukar kepada brake hose jenis braided stainless steel iaitu. hose brake yang dibalut dengan steel pada bahagian luarannya. terdapat banyak jenis braided hose ini di pasaran semasa seperti brand goodridge, HEL, pro rs, app dan lain-lain lagi.
caliper standard dengan 1 piston tidak memerlukan pressure yang kuat untuk membolehkan piston berperanan untuk menekan pad brake bagi mencengkam disc rotor untuk memberhentikan kereta. bayangkanlah apabila menggunakan 4 piston bermakna keempat-empat piston tersebut perlulah serentak menekan pad brake untuk mencengkam disc rotor. jadi hal ini memerlukan pressure yang lebih sedikit. jika dibandingkan dengan caliper standard
$ads={1} $ads={2}
dengan menngunakan hose brake standard pada caliper 4 pot boleh menyebabkan hose getah tersebut sedikit kembang ketika brek ditekan. sebab itulah pedal brake akan rasa ke dalam sedikit atau spongy dan perlu tekan pedal dengan lebih kuat sedikit. apabila menggunakan braided hose keadaan ini tidak berlaku dan anda akan rasa perubahannya jika dibandingkan dengan menggunakan hose standard pada caliper 4 pot. jadi disarankan menggunakan braided brake hose bagi 4 pot atau 6 pot caliper
pemasangan braided hose ini perlulah dilakukan dengan betul supaya hose tidak bergesel dengan mana-mana bahagian kereta kerana lama-kelamaan geselan ini akan menyebabkan hose boleh bocor. ketatkan nat mengikut spefisikasi yang telah ditetapkan. akhirnya lakukan proses bleeding untuk membuag angin yang berada di dalam hose tersebut. satu lagi pilihlah jenama yang dibuat khas untuk sesebuah kereta kerana jika untuk kereta tertentu pemasangannya boleh dilakukan secara plug n play tanpa perlu mod apa-apa pun.
pemilihan big brake kit juga hendaklah dibuat dengan tepat. pilihlah jenama terkenal seperti brembo kerana terbukti jenama ini memang dikenali umum. namun terdapat jenama lain yang terkenal juga setaraf seperti endless, project MU, ap racing dan lain-lain lagi. pastikan betul-betul original kerana banyak BBK dewasa ini sebenarnya copy yang dijual dengan harga original.