TPS Adjustment

kerosakan TPS (throttle position sensor) boleh menyebabkan rpm tidak stabil semasa idling dan kadang-kadang akan menyebabkan rough idling. bacaan semasa bukaan throttle penuh ialah 5v. fungsi tps ini ialah untuk ecu membaca berapakah bukaan throttle semasa kita menekan pedal minyak dalam kiraan voltage dan peratusan bukaan ini akan dihantar isyarat ke ecu. sebaik sahaja ecu menerima isyarat berapa bukaan throttle dengan sendirinya ecu dapat bekerja untuk sesebuah enjin seperti akan menyalurkan minyak yang mencukupi supaya perjalanan enjin menjadi lebih efisien


peralatan yang perlu digunakan ialah multimeter digital untuk memudahkan bacaan volt yang akan diambil nanti, analog multimeter pun boleh digunakan bergantung kepada individu masing-masing. yang hitam tu ialah TPS, tak perlu keluarkan throttle body dan boleh dilakukan terus pada kereta. kebetulan dah ada seketul throttle body dalam simpanan jadi senanglah nak tunjuk kepada semua supaya lebih jelas lagi.



apabila dah bersedia maka bolehlah kita jalankan kerja untuk melaras atau mengetahui berapakah bacaan TPS sensor pada kereta kita sendiri. sebenarnya untuk mendapatkan bacaan sensor ini boleh dilakukan di bengkel yang mempunya multi unit tester (MUT), plug ini soket ke port OBD on MUT dan terus kita akan dapat bacaan mana-mana sensor. tapi bukan percuma, anda mestilah membayar dengan jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh pemilik bengkel. bayaran untuk menggunakan komputer ini dianggarkan sekitar rm80 ke atas. jadi dengan hanya diy menggunakan multi meter pun kita akan dapat bacaan sensor tersebut. jimat kan?


off kunci kereta, cabut soket TPS dan sambungkan wayar seperti yang tertera di atas. 3 wayar mengikut soket dan sambung dengan pin TPS. ada 3 wire utama pada soket tps iaitu ground, 5v dan satu lagi wire untuk reading bukaan throttle. tap je wire secara direct daripada soket ke pin tps sensor


wayar yang bersambung... dalam gambar dua wayar sahaja, kena tambah satu lagi mengikut sambungan asal soket. tps yang saya jalankan kerja ini merupakan tps 3 pin iaitu tps mivec. kebanyakan tps kereta lain atau proton menggunakan jenis 4 pin iaitu tambahan satu lagi pin untuk throttle idle switch iaitu berperanan untuk mengawal idling kereta


on kunci dan jangan start. tap multimeter kat + dan - pin TPS dan tengok bacaan volt kat multimeter. bacaan yang sesuai ialah 0.50v-0.70v. gambar atas menunjukkan hanya 0.02v sahaja, perlua laraskan balik kedudukan tps supaya mendapat bacaan yang dikehendaki. anda perlu longgarkan 2 biji nat no 8mm pada sensor tersebut dan bolehlah mengubah kedudukan TPS sehingga dapat bacaan 0.50v-0.07v. laraskan kedudukan supaya bacaan betul-betul tepat dengan memusingkan sama ada arah jam atau sebaliknya. ketatkan balik nat 8mm apabila bacaan yang dikehendaki telah dapat

bagi pengguna SAFCll anda boleh mendapatkan bacaan voltan TPS dengan melihat sensor check kat SAFC pada bahagian throttle sensor dan tak perlu menggunakan multimeter

selamat mencuba
jumpa lagi


46 comments:

Anonymous said...

kt mn nut no 8 tu abg tacra?

tacra aka jeff said...

nat yang pegang TPS tu

chefda said...

bro.. klu safcI mmg xde readingnyer? klu kita tuka position dia, adakah kereta akan jadi sebu?

brader said...

Bro tacra nak tanya sikit..kalo pakai multimeter biasa boleh dah,pasal digital takde lah,...

tacra aka jeff said...

pakai analog susah sikit nak dapat bacaan tepat

Anonymous said...

bacaan TPS idling untuk proton 0.618V tak silap aku hehehee

Anonymous said...

good info....tq bro tacra

Anonymous said...

nak tanya ckit..klu nak adjust TPS untuk 4G63,tp menggunakan throtle body S90 70mm...adakah boleh menggunakan cara yg sama..????

jeff_tacra said...

cara yang saam, nak bagi signal ke ecu berapa bukaan throtle

Anonymous said...

Helloo, ni nak tanya ni. kalau pakai TPS VR4 ada 3 pin je kan... soalannya, boleh ka dipadankan dgn Wiring evo3 yg mana ia memakai 4 pin kat soket tu? maksudnya ada 4 wayar???

jeff_tacra said...

kalau 4 wayar lebih baik dapatkan TPS yang 4 pin, rasanya tak sesuai masuk yang 3 pin

Anonymous said...

Kalau pakai TPS proton waja bole ke? sbap waja pakai 4 pin juga.

jeff_tacra said...

kalau sama dengan waja boleh lah pakai

Anonymous said...

bang saya punya bacaan di VAFC menunjukkan bacaan dekat THR (throttle) 70% sedangkan pedal saya tak tekan pun... sebelum ni bacaan ok... 0%.... kejadian ini berlaku selepas saya tukar TPS sensor lain... pertanyaan saya..boleh tak nak adjust balik supaya ia jadi 0% balik? enjin b16a honda...

jeff_tacra said...

kena calibrate semula bacaan throtel. tengok dalam manual VAFC, ada caranya

Anonymous said...

salam... abang jeff. bila sya adjust tps kepada 0.50v idling keta saya turun naik turun macam x stabil apabila sya tekan pedal dan hold rpm at 1.5k.. bila saya adjust 0.65v idling keta ok bila sya hold pedal 1.5k rpm. adkah sya punya tps rosak. engin 4g91 stock.

Anonymous said...

bro, sy ade terbaca mitsubishi workshop manual, wire yg perlu tap utk baca output TPS melalui multimeter adalah + dan O. Cara mana yg betul? + dan O ke atau + dan -??

jeff_tacra said...

cara nak baca + dan - tu kena sambung kat TPS baru ada current supply kat TPS. O tu untuk dapat bacaan voltage TPS dari 0v hingga 5v

Anonymous said...

bro... yg pin kat TPS tu, yg mana satu +ve, -ve, grounding???

jeff_tacra said...

kedudukan - atau + tps boleh tengok kat tps itu sendiri, dah ada marking untuk - + dan o, perhatikan bahagian atas tempat kemasukan soket

Anonymous said...

salam abg DIY.brape bacaan volt TPS yg sesuai untuk enjin B16A,ada ke same dgn mitsu 0.50V.sekian.

longkai said...

assalam bang tacra...saya dah try buat macam mana yg ditunjukkan tapi 4 wayar la tps evo, sambung wayar pin soket ke tps..pastu tap multimeter kat - +. dapat 5volt...saya try adjust kiri kanan, longgarkan skru 8...bacaan x berubah pun...kenapa bang?

jeff_tacra said...

kalau tap - dan + memang akan dapat 5 volt iaitu voltage keseluruhan tps. kena tap - dan S

longkai said...

00000...tap - s, baru adjust, paham, terima kasih bang

saed said...

salam bang..idling masa enjin sejuk dlm 850rpm. tp bila enjin dh panas, idling naik sampai 1300rpm. klu sy adjust TPS ni, bole setel x masalahnya??

Anonymous said...

Salam,
Bang enjin saya 4g93 tp pakai intek & s90 70mm yg honda.. Ada 3 la soket kan, tp bila saya test TPS yg mcm abg ckp tak keluar apa-apa bacaan pun.. Adakah TPS sy problem@ sy salah cucuk multimeter?? Pada soket ada bacaan yg + je yg - duk tepi skali @ tengah, tlg newbies

jeff_tacra said...

Sepatutnya ada keluar bacaan pada multimeter apabila buat dengan cara betul, mungkin ada kesilapan kot, check balik

dd said...

abg jeff, nape bila sy tnggikan volt TPS tu enjin trun jatuh bila nk tukar gear? ape perlu sy buat...

jeff_tacra said...

pakai enjin apa dan sekarang set voltage TPS tu berapa volt?

Anonymous said...

bang jeff. tps 4 wayar enjin 4g92p saya x ada simbol - +OS. mcmana nak tahu wayar yang mana perlu diambil bacaan nya? tq. mat

Anonymous said...

slm.. bng sya de mslh dgn timing aircond drop & jerk2 setiap kali masuk gear lepas tukar T.B..pe mslhnye leh tlong tk..

ann said...

salam.brapa reff volt untuk tps waja mitsu..?
waja sy reff volt 6v..bacaan tps plak 0.87v idle dan 5.90v wot...normal ? kalau xnormal.apa masalah ye? tq

jeff_tacra said...

memang normal kalau macam tu, tak ada masalah

Mohd Zaidi Zakaria said...

salam abg jeff bagaimana langkah check tp pad waja mmc. sy x pasti terminal mana sy nk ambil utk test voltage tps waja saya..jika bacaan tps tinggi apakah kesan pada kereta saya wslm.

thelee said...
This comment has been removed by the author.
heicko said...

salam bro..nak tanya bro..kalo kita nak periksa bacaan ni kat enjin proton wira 4g13..boleh x..brapa bacaan volt dan tps nya bro..

Lt Imad said...

Salam Bro
Mana boleh dapatkan TPS VR4?
Tq bro

Arthur Philip said...

Selamat pagi mohon bantuan drpd encik sy sudah buat seperti yg awak ajar iatu set tps 0.50 tp apa masalah yg sy hadapi skrg timing enjin masih tinggi 1000 rpm keatas dan apabila sudah bergerak enjin akan pandai tersengguk2 seperti ada 1 spark plug rosak atau mati....apa masalah lain yg sy hadapi.. apakah perlu sy buat remap ecu enjin sy..mohon penjelasan

Arthur Philip said...

Selamat pagi mohon bantuan drpd encik sy sudah buat seperti yg awak ajar iatu set tps 0.50 tp apa masalah yg sy hadapi skrg timing enjin masih tinggi 1000 rpm keatas dan apabila sudah bergerak enjin akan pandai tersengguk2 seperti ada 1 spark plug rosak atau mati....apa masalah lain yg sy hadapi.. apakah perlu sy buat remap ecu enjin sy..mohon penjelasan

Anonymous said...

wow! nice and brilliant thought

Jason L. Trevino said...

Hello Jeff Tacra,
TPS is a very good machine to adjust to know the condition of the machine. It shows the actual condition of a machine. Thank you for your nice sharing.

Khairul Fitry said...

Salam ckgu, ape jadi kalau tps bwah 0.50,

Lupe Samano said...

Do u have a English version

Jeff Tacra said...

nope, but you can use translate box at my blog

KoRn MarCelo said...

Salam bang, tps untk viva auto thun 09 brpa hrga ye.pegi check kt bngkel diorg ckp tps dh rosak kos 2rat lbih klu nk tukr.

KoRn MarCelo said...
This comment has been removed by the author.