Blower Motor Resistor

bertemu lagi... paparan entri kali ini ialah mengenai satu masalah yang kebiasaan berlaku pada sistem air cond kereta kita khususnya bagi pemilik wira. seringkali berlaku ketika kita on air cond compressor berfungsi seperti biasa tetapi angin tidak keluar, laras ke no. 3 atau 4 baru keluar angin. jika keadaan ini berlaku bermakna blower motor resistor kereta anda telah rosak dan terpaksalah ditukar dengan yang baru. kalau bagi kereta wira harga resistor ini sekitar rm45-rm50 sahaja. proses diy penukaran resistor ini boleh dikatakan agak mudah...


inilah actual pic bagi blower motor resistor sistem air cond manual mitsubishi. owner kereta ini telah memberitahu saya bahawa semasa on air cond angin tidak keluar, bila laras ke no.3 barulah angin keluar. bila cek resistor ini memang coil dah putus sebab itu tidak dapat berfungsi seperti biasa


blower resistor motor mitsubishi


jika keadaan ini berlaku maka perlu ditukar dengan yang baru. resistor proton boleh diguna pada kebanyakan kereta berenjin mitsubishi. gambar atas ialah resistor proton yang boleh diperoleh di mana-mana kedai servis air cond dengan harga seperti yang dinyatakan di atas. bentuk berlainan dengan resistor mitsu tapi fungsi sama, boleh pakai untuk enjin mitsu


inilah rupa coil dalam resistor motor tersebut iaitu untuk rintangan dan mengawal kelajuan pusingan blower mengikut urutan no. tertentu


lokasi blower motor resister pada dashboar mitsu ini sama juga dengan kedudukan pada dashboard wira. terlebih dahulu anda perlulah membuka tray bahagian bawah blower dan nampaklah soket resistor ini


kedudukan bawah glove box dan dipasang pada blower box tengah. ada dua nat sahaja untuk membukanya


kedudukan resistor pada sistem air cond


soket resistor...


wiring ke blower motor resistor


ini ialah blower motor resistor bagi sistem air cond mitsu digital


resistor digital


lagi pandangan blower motor resistor digital mitsu, jarang rosak ni


wiring, soket dan resistor digital


blower motor proton atau mitsu

sekian, terima kasih
jumpa lagi

38 comments:

malcusco said...

pakai controler digital tp pakai blower stndrd wira leh terus pasang ker resistor digital tu bang jeff?

jeff_tacra said...

tak pernah cuba lagi masuk resistor digital kat air cond manual

Anonymous said...

salam bang jeff,tolong sikit boleh,macam mana nak tahu saiz @ cc injector,diharap abang jeff dapat tolong.

jeff_tacra said...

cc injector ada ditulis pada bahagian tepi injector, contohnya kalau mitsu MDH240 bermakna injector hig impedance untuk enjin na 240cc. kalau MDL390 biasanya low impendance untuk turbo 390cc

farious said...

aritu sy try measure ohm transistor 2SD797 Toshiba ni.compare dgn 2SD797 yg baru beli dr kedai..mmg ada beza reading ohm nya..tp mahal.sebijik rm10.

Anonymous said...

bro nak tanya bila pasang aircond dalam 30 saat lepas tu jadi pening kepala apa masalah yer? walaupun keter tak bergerak. ada kemungkinan sebab cooling coil bocor?

Anonymous said...

Pembawak budak laa tu.....pening2 muntah2....

jeff_tacra said...

pening kepala macamana ni, saya pun tak faham

such batter said...

salam..bro bleh bg info sket tak kalau nak tkr sistem ekon manual ke sistem digital brng apa yg nak ditukar dan yg boleh dipakai balik..tq

son said...

helo jeff.. ini sama masalah gan kereta toyota unser bapa la ni jeff. klu on no.1 comp jln sperti biasa. tapi angin x keluar. bila on on.2-3 baru angin kluar. ini masalah blower mtor resistor juga ke jeff..

jeff_tacra said...

such batter - kalau nak masuk sistem digital hanya kena dapatkan 3 barang sahaja iaitu panel digital, wayar biru atau termostat dan fan controller tapi function tak sepenuhnya melainkan dapat complete set termasuk cooling coil dan blower

jeff_tacra said...

son - masalah aircond tu berpunca dari blower motor resistor, try tukar dengan yang lain. boleh didapati di mana-mana kedai service aircond

son said...

ok jeff terima kasih banyak2x.. projeck saya ari sabtu ni.. terima kasih skali lagi..

Anonymous said...

salam bro jeff..nak tanya...apa masalah jika angin air cond jadi slow bila kita set air cond masuk dari depan...kalau set masuk dari blakang angin die ok..

khairul

jeff_tacra said...

saya kurang faham angin aircond set masuk dari depan atau masuk dari belakang, kereta apa?

khairul said...

kereta wira 1.5...dekat controler depan...ada gamba kerusi...satu, anak panah dari depan. satu lagi anak panah dari belakang pusing ke belakang tu...rasanya controler untuk set udara dari depan atau belakang...kalau set dari depan angin jadi slow macam tersumbat gitu.

Anonymous said...

mybe ada gate kat body blower 2 yg x gerak, kebiasaanye klo wira mase gerakkan controller 2 ada bnyi sket.

Anonymous said...

Salam bro jeff, kreta wira sya kena mcm ni gak, buka aircond angin tak kluar walau pun buka paling kuat angin tu, adakah sbb blower motor resistor ni juga? 3mggu lepas gi kedai dia org ada tukar relay kat blower tu, pastu skrg jd balik... mcm mana yer.....harap dapat membantu.. tq

Anonymous said...

Bro,nak Tanya. Akon mitsu digtal. Angn ada, sejuk,. Seting utk angin ke arah kita ada kt paparan, tp buat la mcm mana pun, ttp keluar angin sparuh kaki dan sparuh dpn. Lain lain seting elok, tp nk seting utk angin 100% kearah kt tak boleh buat.. Apa mslh dia ye?

jeff_tacra said...

masalah kat panel digital tu sendiri, try swap dengan yang lain

Shah Ikmal said...

Salm saya nak tya saya dah psg aircond digital tapi mslh saya konderser x berhenti adakah slah waywring blh mybabkan perkara tersebut psl bila x hiduplan injin on sja lmpu kecil paparan meter mnyak akn trus naik full

Shah Ikmal said...

Salm saya nak tya saya dah psg aircond digital tapi mslh saya konderser x berhenti adakah slah waywring blh mybabkan perkara tersebut psl bila x hiduplan injin on sja lmpu kecil paparan meter mnyak akn trus naik full

wiragaban said...

saya punya masalah blower aircon tak jalan masa on,compresor ok.adjust level 1-4 pun tak jalan jugak.adakah masalah kondenser atau motor.terjadi sekali-sekala je.apakah tanda2 nya ini?

wiragaban said...

sory..bukan kodenser tapi resistor

parezz said...

Abg jeff_tacra level 1-4 pun angin tak kuar la.. tulun.. bila tekan suis bawah hazard light tu kompresor jalan coz enjin rasa berat sket .. help me..

miey said...
This comment has been removed by the author.
joe said...

abg jeff..tapak resistor digital ngan analog nie sama ker...saya punya dah convert ker digital full set..tp panel dia rosak la plak baru2 nie...so saya ingat nak pasang manual punya regulator...so kena tukar sekali resistor...pakai yg manual...tp saya x pasti tapak dia sama ker tak...takut beli2 nanti x ngam plak

Aziz Zolkepli said...

Abg jeff..air cond digital saya dah buka no3 angin masih perlahan lagi.adakah tanda2 resistor nak rosak?

Atif Arif said...

salam..sy nk tanya kalau bukak aircond...dlm beberape mnit bunyi ketak2 kat bhgian dashbard..mcm relay on off on off..pe mslhnye ea??kereta kancil model lame 660.....

Azwan Mat Nuri said...

salam.. tumpang tanya.. kereta wira a/b saya elok bila on angin saja.. tapi bila on aircond terus jadi tak betul.. selalu on off on off on off.. abg tau apa masalahnya.?

lan said...

salam cikgu jeff... blower aircond wira saya mati dan fius putus bila tolak ke #4... apa masalahnya cikgu....

metal brain asylum said...

salam bro jeff. Saya pakai Proton Wira 1.5 Manual Karburator. Masalah aircond saya ialah Blower tiba-tiba mati, angin tak ada keluar dari lubang aircond. Bila compressor kicks in, blower mati...bila on signal Blower mati...Saya dah ganti blower Denso Rm135 pon masalah yang sama berulang jugak. Buat masa ini, jika blower mati, saya kena off suis airkon kemudian On balik baru lah Blower jalan semula.Letih jugak nak buat berulang kali terutamanya jika ada orang lain menumpang kereta. hahaha. Adakah itu masalah suis di dashboard atau resistor atau fius atau wiring ? Minta pendapat tuk guru Jeff. Terima kasih. :-)

Mohamad Ansari said...

Salam,tq Bro Jeff,bertahun berfikir kenapa blower aircond kereta tak laju,rupanya kecil jer masalah,pakar aircond pun tak dapat tau part kecik ni untuk apa,hanya bagi tau kereta lama biasa ar blower tak laju.

mohd faiza said...

As salam terima kasih banyok2 bro jeff, org umah yg slalu bawak keta p keje,katanya angin kuar apabila select high.. alahamdulilah.. settle masalah.. antor kedai service aircond china mau kene ketuk rm1,2 rat ni.. hihihi...

Anonymous said...

As salam bro jeff,nk tnya ckit kalo aircond keta bila jln sejuk,bila berenti keta aircond panas.Mohon bantuan.

abg long jerlun said...

Tumpang,kereta proton iswara saya tengah bwk tetiba ja ekon xkeluar angin..keluar pun xrs.rs slow sgt2 walau buka ke laras 4.full...blower rosak ke apa ya???

amizt said...

assalammualaikum abg jeff, cabin fan kereta saya tak berfungsi, apa punca nya ya,produa viva, mohon pandangan abg jeff, tk.

amizt said...

assalammualaikum abg jeff, cabin fan kereta saya tak berfungsi, apa punca nya ya,produa viva, mohon pandangan abg jeff, tk.