Roof Lamp

kali ini pulak cara nak pasang roof lamp kat kereta wira. biasa ramai yang guna roof lamp dari LANCER GSR tapi berbeza dengan roof lamp ni yang diambil dari model HONDA CRV... untuk nampak lain sikit tapi bentuk lebih kurang sama je. kat kereta wira sebenarnya dah ada lampu asal yang kat tengah-tengah bumbung tapi kali ini saya nak pasangkan kat depan pulak iaitu atas sikit daripada cermin pandang belakang, sama kedudukannya dengan kereta-kereta baru sekarang. jadi bolehlah kita on/off mengikut keperluan kita sendiri. fungsinya bukanlah secara auto iaitu tidak sama seperti yang kat tengah-tengah roof. banyak model lain yang boleh kita mod untuk dipasangkan pada kereta wira bergantung pada kreativiti masing-masing. jangan silap tebuk pulak nanti susah nak cover balik tempat tu. buatlah dengan hati-hati kerana kalau kita diy risikonya 100% atas kita sendiri



buat acuan terlebih dahulu pada kertas tebal. acuan tersebut perlu dibuat melalui belakang roof lamp supaya ngam dengan roof nanti. tekap betul-betul lakaran yang nak ditebuk tu supaya betul-betul fit dengan lampu. cuba dulu belakang lamp tu dengan kertas yang talah dibuat acuan ini kerana apa yang dibuat atas kertas itulah hasilnya nanti pada carpet bumbung kereta. cuba beberapa kali sehingga betul-betul sesuai barulah mula menebuk carpet bumbung kereta



buat garisan ikut acuan tadi dan potong dengan cutter dengan berhati-hati. lokasinya biarlah betul-betul center dan sesuai pada bumbung. kalau silap lokasi nanti terkena pada tempat yang dekat dengan besi bumbung kereta, dah tak dapat pasang, bumbung pun berlubang. melopong kita nanti


dah siap potong mengikut acuan yang dibuat tadi, roof kereta wira biasa dibuat daripada kertas tebal yang dilapik dengan fabrik kain seperti dalam gambar di atas. sebelum tu kena buka dahulu cermin pandang belakang serta penghadang silau kiri dan kanan kereta untuk memudahkan memasang roof lamp atau map lamp tadi. hal ini perlu dibuat kerana kita perlu membuat bracket custom pada bahagian belakang lamp supaya lekat dipasang pada roof kereta


masukkan roof lamp dan di belakangnya kena letak besi nipis, boleh gunakan bracket yang bulat-bulat tu yang boleh dibeli di kedai hardware atau boleh mod apa-apa bahan asalkan dapat diletakkan dengan kemas di belakang lampu. lepas pasang lampu hulurkan tangan melalui depan roof dan lipatkan besi atau bracket supaya lekat kat siling tersebut dengan kemas. jadi tak lah tertanggal nanti semasa membawa kereta


wiring ada dua je iaitu merah untuk constant 12V yang boleh diambil pada wire kunci color putih besar sikit daripada wire lain kat situ. manakala wire hitam untuk grounding dan boleh diletakkan kat mana-mana skru pada body kereta


dah siap... bolehlah mencuba on, harap boleh berfungsi dengan jayanya. dah nampak lain kan daripada kebanyakan kereta wira yang lain

sincerely
jefftacra