Thermostat & Oil Pan

thermostat memainkan peranan penting bagi sesebuah kereta tapi ada kalanya pomen main buang je thermostat ni, start pagi jadi agak lambat untuk enjin menjadi panas. bagi saya lebih baik pakai thermostat ni. kalau thermostat jem boleh menyebabkan temp naik dan overheating. nak replace thermostat agak mudah, sebelum tu pastikan buang dulu air dalam radiator


thermostat baru seblah kiri dari brand mitsu dan yang kanan tu baru buka dari kereta. standard mitsu 76.5C


lokasi thermostat, hose air yang sambung ke bawah radiator



semasa pasang pastikan jog dial berada pada bahagian atas


Oil Pan / Oil Sump
Kebiasaannya kebocoran sekitar oil pan boleh dikesan dengan cara melihat ada minyak hitam keluar di sekeliling oil pan. ada sesetengahnya minyak hitam boleh berkurang disebabkan kebocoran benda ni.


ini merupakan oil pan mivec. buka dan cuci segala gasket lama sekitar oil pan


letakkan gasket sealan baru di sekeliling oil pan


bersihkan juga dikeliling oil sump


pasang oil pan dengan mengikat skru secara menyilang. lebih baik menggunakan torque wrench untuk mengetatkan skru

terima kasih