just nak share gambar-gambar proses penukaran gasket head proton wira 4G15. kereta ini telah mengalami leaking yang agak teruk pada bahagian gasket head sehinggakan kesan minyak boleh dilihat pada crossmember. lama-kelamaan kotoran melekat pada tempat minyak yang bocor hingga menyebabkan kawasan berkenaan mengalami kotoran yang sangat ketara, tambahan pula minyak hitam akan hilang dan kerap kena top up sebelum sampai 5k mileage
gambar selepas head dibuka
gasket carbon standard masih melekat pada block
permukaan block yang belum dicuci lagi
persekitaran tempat kerja, depan rumah je
gasket yang telah dikeluarkan, lihat gasket kat sebelah kiri
ini gambar yang dah siap pasang, segalanya berjalan lancar. angkat head semata-mata hendak menukar gasket sahaja tanpa melibatkan penukaran barangan lain