Stebel Nautilus Horn

horn memainkan peranan penting bagi sesebuah kenderaan. kali ni ditunjukkan bagaimana memasang horn stebel nautilus berserta relaynya sekali. harga horn ni sekitar rm70 - rm100 yang boleh didapati di mana-mana kedai accessories. horn ini merupakan compact air horn yang menghasilkan bunyi yang kuat iaitu 139dB, horn asal atau horn aftermaket lain rasanya tak sampai kekuatan seperti ini. kalau tekan boleh terperanjat orang yang berada berdekatan dengan kereta kita, lagi baik kan?


dalam kotak dapat horn, relay dan nat untuk pasang horn. soket relay tidak disertakan sekali, kena beli sendiri di kedai spare part. manual atau diagram pemasangan horn ini ada ditunjukkan pada bahagian luat kotak. tapi saya sertakan juga diagram pemasangan di bawah ini nanti untuk memudahkan pengguna memasangnya


stebel nautilus compact air horn yang boleh di dapati di kedai aksesori. pastikan original ye kerana ada yang fake keluaran taiwan dan china. asalnya negara pengeluar seperti yang tertera pada kotak tersebut. anda boleh perhatikan jugak marking made in italy pada relay serta pada horn itu sendiri


color biasanya hitam atau merah

made in italy. dikatakan compact air horn kerana kalau diperhatikan terdapat dua lubang outlet untuk bunyi horn ini dengan tone yang berbeza antara keduanya


kena dapatkan socket relay supaya dapat pasang relay dengan kemas, rm5 sahaja kat kedai sparepart


diagram untuk pasang horn dan relay


boleh gunakan wiring asal horn cuma perlu tambah satu relay. sekiranya tak tambah relay bunyi horn akan menjadi perlahan dan tidak cukup kuat


relay dan wiring yang telah siap dipasang


kedudukan pada kereta, pastikan corong horn mengadap ke bawah supaya tidak dimasukki air. horn ini memang cepat rosak sekiranya dimasukki air, so pastikan lokasi pemasangan horn dan kedudukan horn terlidung daripada air hujan dan sebagainya

sincerely : jefftacra