Apexi Auto Timer Pen Type Installation

hari ini (4 disember 2010) kuala terengganu hujan sejak dari semalam lagi tak henti-henti. maklumlah.. musim tengkujuh, namun aktiviti diy tetap diteruskan seperti biasa, hehhe... kali ini saya paparkan cara pemasangan apexi auto timer atau turbo timer pen type pada sebuah kereta satria 4G13 yang mempunyai ecu mmc, satria lama ni. enjin NA pun boleh pakai turbo timer tapi fungsinya tidaklah sebaik untuk enjin turbo iaitu sebelum mematikan enjin, perlukan sedikit masa untuk membuatkan enjin turbo berehat sebentar. bagi enjin NA apexi pen type ini membolehkan pengguna memantau bacaan voltage kereta serta dapat juga mengetahui keadaan air fuel ratio kereta walaupun secara narrow band sahaja

apexi auto timer complete yang diperoleh oleh owner kereta satria ini dari kedai halfcut, barang memang original. kalau timer fake bacaan o2 dan air fuel ratio tak funcion sepenuhnya, static macam tu sahaja. bagaimana hendak mengenali sama ada pen type ini original atau tidak. di pasaran sekarang ada harganya semurah rm35 sahaja dan sudah tentu barang ini tiruan. jadi kita dapat lihat pada wire iaitu kalai original wire nya berbelang-belang atau bercampur dengan calitan warna lain. bukan ori warna wire hanya solid sahaja tanpa campuran atau stripe warna lain

kena buat connector dulu sebelum dipasang pada soket timer supaya pemasangan akan menjadi lebih kemas dan tidak mudah longgar atau pun terus tercabut. dapatkan terminal wire connector atau lucar wire di kedai peralatan elektronik

connector dah siap dengan 3 wayar utama pada timer iaitu merah, biru dan hijau. ada kalanya soket pun boleh didapati di kedai halfcut. kalau dapat soket lagi senang nak pasang, hanya plug ini soket sahaja dan selebihnya lagi proses wiring pada kunci kereta je lah

buka panel bawah stereng, dan unplug soket suis yang berwarna putih + biru. perhatikan wayar dari timer iaitu merah, biru dan hijau yang akan di 'tap' pada wayar suis. 3 wire utama inilah yang menghidupka turbo timer dan perlu disambungkan pada wire yang sepatutnya  bahagian wire kuci

proses wiring adalah seperti berikut, merah constant 12v tap pada wayar putih (constant 12v), hijau tap pada wayar hitam stripe putih (on/ignition) dan biru tap pada wayar biru stripe hitam (acc). balutkan tempat penyambungan tadi dengan elektronik tape dan kalau boleh gunalah jenis 3M kerana tape jenis ini boleh melekat dengan baik dan tidak mudah tanggal dan boleh bertahan dalam jangka masa yang lama

wayar grey pada timer hendaklah di tap pada wayar kuning stripe hijau iaitu wayar pada handbrake. tujuannya sebagai safety bagi kereta iaitu kalau timer sedang countdown, enjin masih hidup dan kalau jatuhkan handbrake, secara automatik kereta akan mati. ini langkah keselamatan dan perlu disambung ke wire handbrake ini. contohnya kita off kereta, timer sedang running dan tiba-tiba ada seseorang memasukki kereta untuk melarikan kereta, pada masa ini jika handbrake dijatuhkan kereta akan terus mati. kalau tak nak sambung wire ni ke handbrake maka perlulah disambungkan wire grey ini pada body kereta (-), kalau tak timer tidak akan berfungsi

ini pula ialah wayar putih dan hitam dari timer untuk di tap kepada ecu kereta. jika anda hendak menggunakan function bacaan AF dan O2. pada timer wayar putih (o2) dan hitam (ground) hendaklah disambungkan ke ecu. kalau tak nak function ni groundkan wayar hitam pada mana-mana body

ini diagram pinout yang mesti diikuti untuk menyambungkan wayar hitam dan putih tadi iaitu wire hitam tap pada pin ground seperti yang dipaparkan di atas dan wire putih tap pada pin wire O2 sensor

sebelum unplug soket ecu terlebih dahulu anda hendaklah menanggalkan terminal negative bateri sebagai langkah keselamatan. ini lah rupa 3 soket utama ke ecu mmc

sambungan wayar hitam dan putih tadi hendaklah berpandukan gambar ini

dah siap sambung kedua-dua wayar tersebut dan pasangkan balik soket pada soket ecu mengikut kedudukannya seperti asal tadi. tapi kalau silap pun soket ini tidak dapat masuk pada soket ecu, saiz tak sama antara ketiga-tiga soket tersebut

sambung balik terminal negative bateri, on kunci dan timer akan hidup seperti ini. anda boleh gerakkan tombol pada sebelah kanan timer untuk mendapatkan fungsi tertentu seperti O2, AF, Volt dan timer

start kereta dan off kan suis, timer akan countdown seperti di atas. untuk function AF (air fuel ratio) dipaparkan pada timer terlebih dahulu sensor o2 kena panas, jadi kena pandu kereta anda ronda-ronda untuk beberapa minit barulah bacaan af akan hidup. masa timer countdown cuba tekan suis power window dan pastikan power window dapat dinaikkan atau diturunkan. ini bermakna aksesori kereta anda berfungsi termasuklah radiator fan pun akan berfungsi. andai kata masa timer countdown dan enjin terlalu panas, radiator fan akan dapat berfungsi seperti keadaan asal. sekiranya tidak berfungsi ada sesuatu yang tak kena pada proses wiring anda tadi, kena cek balik

sekian, terima kasih
jumpa lagi