Side Mirror Dismantle - Wira

entri blog saya kali ini ialah bagaimana nak membuka dan 'membarai' isi perut side mirror wira. kebiasaanya ada dalam kalangan peminat kereta ingin menukar side mirror autoflip dari mitsu lancer dan oleh sebab masih nak pakai housing asal yang telah dicat cantik, maka anda bolehlah hanya menukar isi dalam autoflip mitsu ke dalam housing asal side mirror wira, menjimatkan... tak perlu lagi cat lain. side mirror antara mitsu dan proton biasanya dapat berkongsi antara satu sama lain kerana proton copy daripada mitsu lancer, sebab itulah kebanyakan part proton wira dapat menggunakan part daripada mitsubishi lancer yang kodnya bermula dengan 4GXX


side mirror manual wira, baru cat satu body kereta termasuk mirror ni. owner kereta nak menggunakan side mirror mitsubishi yang boleh autoflip atau boleh lipat. model proton seperti wira memang tidak didatangkan dengan side mirror auto flip jadi kita dapat menukarnya dengan side mirror lancer secara plug n play sahaja, cuma nak hidupkan auto flip dan nak adjust cermin perlu dibuat sedikit pendawaian. boleh cari entri saya yang lain mengenai pendawaian side mirror auto flip ini


pertamanya tanggalkan cermin dengan mengumpil pada bahagian bawah cermin terlebih dahulu. cara paling senang ialah umpil cermin melalui bahagian bawah side mirror dan masukkan screw driver flat dan umpil bahagian lock mirror ini. dengan mudah mirror dapat dipisahkan tanpa merosakkan cermin tersebut


umpil dengan tangan sampai bunyi klik maka tanggallah cermin daripada housing side mirror. sedikit perhatian perlu diberikan kerana kalau silap dan tak kena cara kemungkinan cermin ini boleh pecah. untuk makluman semua cermin mitsu dengan cermin proton ada beza sedikit imej yang kelihatan padanya iaitu kalau proton imej nampak lebih dekat lagi daripada imej cermin mitsu


tanggalkan cermin asal dan akan nampak manual controller side mirror proton yang hanya dapat laras kedudukan cermin secara manual sahaja


buka nat cover getah seperti ini denga menggunakan screw driver flat seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas, tak susah mana pun sebenarnya


keluarkan cover getah daripada tapak side mirror


buka 2 nat untuk menanggalkan adjuster mirror iaitu terdapat 3 cable untuk melaraskan cermin secara manual seperti gambar di atas


buka 3 biji nat sepert di atas phillips


sebaik sahaja 3 biji nat itu dibuka maka dapatlah dipisahkan tapak side mirror dengan housing side mirror


buka cover kecil seperti di atas, ada 2 nat yang perlu dibuka di sebalik cover ini


buka 3 biji nat lagi kat dalam housing dan keluarkan isi perut side mirror


ini yang bakal diganti dengan yang kita keluarkan tadi, yang ini cuma 3 wayar iaitu hanya boleh control cermin sahaja dan tidak boleh autoflip. yang boleh auto flip ada tambahan 2 wire lagi yang menjadikan kesemuanya 5 wire. ada juga side mirror mitsu yang didatangkan dengan 7 wire, maksudnya ada tambahan fungsi lain lagi iaitu fungsi heater pada cermin yang berperanan untuk memanaskan cermin. ini berguna terutamanya apabila hari hujan air tidak akan lekat pada cermin tersebut kerana cermin menjadi panas apabila kita on suis heater


masukkan yang baru dan pasang balik 3 biji nat tadi seperti semasa kita hendak mengeluarkan yang asal tadi


pasang semula tapak dan segala nat yang dibuka sebelumnya


dah pun selesai... side mirror ini hanya 3 wire iaitu fungsi untuk adjust cermin dengan menggunakan suis khas untuk side mirror sahaja. yang 3 wire tidak boleh auto flip ye

sekian, terima kasih
jumpa lagi