entri kali ini memaparkan bagaimana cara menukar brake pad myvi. aras kesukaran ialah 3/10 tetapi peralatan kena mencukupi seperti jack dan spanar berkaitan. ikuti bagaimana proses berkenaan boleh dilakukan secara DIY kerana ada sesetengah pomen mengenakan RM30 bagi penukaran brake pad

owner myvi ini telah memilih brand BENDIX dengan harga sekitar RM75 di kedai spare part, khususnya di kuala terengganu

bendix general untuk PERODUA MYVI

BENDIX general type

bendix general untuk PERODUA MYVI

BENDIX general type

setelah tayar dikeluarkan dengan menggunakan spanar 14mm buka sebiji nat pada bahagian bawah caliper, gambar menunjukkan caliper sebelah driver

keluarkan nat 14mm pada caliper berkenaan

jongket ke atas caliper seperti gambar ini, bulat itu ialah piston caliper yang menolak brake pad semasa kita membrek

dengan menggunakan flat screw driver tuil pad lama

keluarkan pad lama

pad lama yang telah haus, dah sampai masa untuk dibuang

keadaan setelah pad dibuka

piston caliper

masukkan pad baru dan harus diingat pad yang ada marking besi putih adalah untuk bahagian dalam disc iaitu di belakang disc, besi ini merupakan marking jika pad habis dan akan bergesel dengan disc hingga mengeluarkan bunyi bergesel dan ini bermakna sudah sampai masa kena tukar pad baru

oleh sebab pad baru yang tebal, caliper tidak dapat dimasukkan kerana piston telah terkeluar dari caliper. jadi kita kena tolak balik piston ke dalam caliper dengan menggunakan tool seperti di atas, ataupun boleh menggunakan screw driver dengan menolak piston ke dalam

turunkan caliper dan pasang nat 14mm tadi