Driveshaft Boot

selamat tahun baru cina... bersua lagi. entri kali ini menunjukkan bagaimana proses menukar driveshaft inner boot yang telah koyak. harga boot sekitar rm7.00 hingga berbelas-belas ringgit, bergantung kepada jenama


pertamanya buka nat absorber yang dipasang pada knuckle


buka juga tie rod end


barulah dapat keluarkan driveshaft. saya tidak mengeluarkan keseluruhan driveshaft sebab tak nak buka minyak gear, jadi kepala driveshaft masih melekat kat gearbox


sengetkan knuckle semasa hendak mengeluarkan driveshaft


driveshaft boot yang koyak


kena keluarkan dulu bearing sebelum boot dapat dimasukkan, ada klip pada bahagian luaran sebelum bearing dapat dikeluarkan


masukkan gris ke dalam boot yang baru


masukkan juga gris pada kepala driveshaft bahagian dalam


pasang driveshaft


masukkan juga driveshaft kat lubang pada bahagian knuckle


pasang boot clip


proses memasang klip pada boot sebelah dalam


pasang balik skru absorber


boot yang telah siap dipasang


kemaskan segala nat, pasang balik tie rod end... dah pun siap

sekian, terima kasih
bertemu lagi