agak lama jugak blog ini tak diupdate, bulan puasa DIY off terus, tidak kerja-kerja diy dilakukan, dapat berehat sakan. masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. entri blog kali ini hanyalah diy yang simple iaitu bagaimana menukar spark plug perdua viva. ikuti langkah-langkah di bawah
antara peralatan yang perlu digunakan iaitu spanar box atau biasa bersaiz 10mm, spanar plug panjang bersaiz 16mm dan satu set iaitu 3 biji plug viva
saya telah memilih spark plug platinum NGK BKR6EGP. oleh kerana dijual satu set 4 biji terpaksalah membelinya juga dengan harga RM48.00
pertamanya buka penutup air filter dengan terlebih dahulu membuka 4 klip pada bahagian berkenaan dan angakt penutup ini ke atas dan keluarkan. jangan lupa untuk unplug soket sensor pada bahagian belakang penutup ini
keluarkan pula air filter dan dalam gambar ini filter yang digunakan buka filter standard viva tetapi saya telah menukarnya dengan filter aftermarket brand WORKS
penutup air filter yang telah dikeluarkan
WORKS drop in air filter untuk viva 1.0