Apexi Rev Speed Meter (RSM)

atas permintaan pelawat blog saya, paparan entri kali ini ialah mengenai pemasangan apexi RSM atau rev speed meter. sebenarnya gajet ini ialah untuk paparan seperti rpm, speed, dan beberapa fungsi yang lain yang dapat dipantau oleh owner kereta masing-masing. seperti biasa kalau wiring melibatkan ecu ni dicadangkan terlebih dahulu menanggalkan terminal negatif (-) bateri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada ecu anda, bukan murah nak beli ecu ni...



gambar atas ialah RSM oldschool iaitu generasi pertama keluaran apexi, ada yang indicatornya berwarna merah dan ada yang hijau, pemilihan bergantung kepada citarasa masing-masing


ini ialah RSM (blue)


RSM black edition


RSM berserta wiring harness, dapat sekali wayar panjang seperti di atas. kalau beli barang 2nd dan didapati wayar pendek sahaja, fikir-fikirkanlah...


soket wiring RSM, wayar yang ada ialah
1. red - 12v
2. black - ground
3. yellow - RPM
4. pink - speed 1
5. purple - speed 2


ECU mitsu yang soket pinnya sama seperti pada enjin GSR, 4G91, 4G92 dan 4G63. kalau ecu proton mmc soketnya pun seperti di atas. ecu vdo proton tak sama seperti ini


3 soket utama yang akan digunakan nanti untuk proses wiring


cara tap wire RSM pada wire asal, lepas tap balut dengan black tape


ini ialah diagram bagi sesiapa yang nak buang speed cut kereta


diagram biasa tanpa buang speed cut


diagram mitsu code M2-a yang perlu digunakan untuk memasang RSM ini



diagram pemasangan wiring pada ecu
1. IG power - red rsm
2. ground - black rsm
3. speed - purple rsm
4. rpm - yellow rsm


bila dah siap on kunci dan start kereta anda, pastikan RSM hidup dan semuanya berfungsi dengan cemerlang. rujuk owner manual untuk setting beberapa perkara tertentu

sekian, terima kasih
jumpa lagi