EVO Door Visor (Air Press)

entri kali ini ditunjukkan bagaimana memasang door visor evo di wira. market complete door visor atau air press evo ni kalau complete sekali bracket dan klip ialah sekitar rm150 dan pemasangan di pintu wira hanya secara plug & play tanpa ada apa-apa pengubahsuaian yang perlu dilakukan



klip dan bracket door visor kesemuanya yang perlu digunakan ialah 10 set


pastikan anda menggunakan double sided tape jeni 3M kerana jenis ini terbukti kuat dan tidak mudah tanggal jika dibandingkan dengan double sided tape jenis lain. boleh didapati di mana-mana kedai hardware dengan harga sekitar rm15.00


oleh kerana saya dapat door visor evo ini dalam keadaan kondisi yang tidak memuaskan (cabut sendiri pulak tu) saya telah spray warna hitam hi-temp flat. dapat pun barang calar-balar dan warna tak sama antara satu sama lain, terpaksalah sand blast dan spray hitam


tampal double sided tape 3M seperti di atas


keluarkan getah pintu atau run channel untuk memasang bracket dan klip


buka run channel pada bahagian atas pintu seperti ini


masukkan bracket dan tekan pada bahagian tengahnya supaya masuk dalam lurah frame pintu tersebut


kedudukan bracket klip akan kelihatan seperti ini


proses pemasang bracket klip


bracket klip boleh dialihkan agar sama dengan lubang visor nanti. gambar dah masuk door visor cuma klip belum dipasang


dah siap pasang klip pada ddor visor. sebenarnya kalau tak pasang klip ni pun dah memadai, klip ni sebagai sokongan pada visor berkenaan tapi nampak agak janggal sikit kalau tak dapat klip, nampak lubang pada door visor


dah siap pasang bahagian kiri kereta


pandangan kiri


siap keseluruhannya


dah pun siap, nampak lain sikit warna hitam tapi tak apa kot, cari kelainan dari kebiasaan

sekian, terima kasih
jumpa lagi