Cara Set TPS Voltage Melalui Bacaan SAFC2

throttle position sensor (TPS) mempunyai voltage antara 0.48 ketika idling dan 4.85 ketika wide open throttle iaitu semasa pedal throttle ditekan 100%. kebiasaannya bagi enjin mitsu 4G9x bacaan voltage TPS semasa on kunci ialah antara 0.48 - 0.52 dan hendaklah di set mengikut bacaan ini berdasarkan standard manual mitsubishi. jadi kali ini dipaparkan bagaimana hendak melaras bacaan voltage TPS berdasarkan bacaan sensor pada SAFC2, mudah dan tepat. ikutilah langkah di bawah, harus diingat cara ini bagi mereka yang mempunyai SAFC sahaja

kedudukan TPS pada throttle body mitsubishi khususnya bagi engine code 4G9x dan 4G63

throttle position sensor atau TPS

bahagian dalaman TPS yang bersambung atau bersentuhan dengan throttle body dan turut bergerak apabila pedal throttle ditekan bagi mendapatkan bacaan tertentu untuk dihantar pada ECU

on kunci dan jangan start kereta, perhatikan pada SAFC anda

tekan button tengah SAFC dan pilih etc seperti di atas

dapatkan sensor chk seperti di atas

perhatikan pada bacaan thrt iaitu bacaan voltage throttle 0.485v. kedudukan ini sebenarnya dah sesuai

untuk laraskan bacaan TPS ini, tekan pedal throttle 100% dan biarkan selama 10 saat dan perhatikan bacaan voltage pada masa ini ialah 4.830v. ini ialah cara untuk calibrate voltage TPS mengikut manual apexi SAFC
$ads={1}
lepaskan pedal throttle selama 10 saat dan off kunci. bacaan pada masa ini ialah 0.510v

saya hendak mengubah bacaan TPS menjadi 0.5v, maka longgarkan skru 8mm pada bahagian atas dan bawah TPS pada throttle body dan pusingkan mengikut lawan jam jika hendak mengecilkan bacaan voltage TPS dan pusing mengikut arah jam untuk mendapatkan nilai bacaan voltage lebih tinggi

laraskan hingaa mendapat bacaan yang dikehendaki dan perhatikan bacaan voltage throttle kini menjadi 0.5000v

ketatkan semula nat tadi, dah pun siap

sekian terima kasih
jumpa lagi

12 Comments

  1. abg jef sy nak tnye ape peranan/kepentingan voltage pd tps??

    ReplyDelete
  2. sensor signal ini digunakan oleh ecu sebagai input untuk mengawal enjin. ignition timing dan suntikan minyak berubah mengikut perubahan butterfly pada throttle body, jadi voltage tps ini diambilkira untuk suntikan minyak dantiming enjin ketika proses pembakaran berlaku. sebagai contoh kalau kita menkan throttle dengan cepat sudah pasti tps akan membaca voltage yang besar dan ini ecu gunakan untuk pancut extra fuel supaya pembakaran dan enjin berada dalam keadaan terbaik

    ReplyDelete
  3. safc 1 sama ke function dengan safc 2?
    boleh lakukan cara yg sama ke?

    ReplyDelete
  4. safc 1 pun ada function throttle sensor check, boleh guna untuk reading voltage tps

    ReplyDelete
  5. salam abg jeff.. klu xder safc tapi guna digital multimeter boleh tak..

    ReplyDelete
  6. kalau tak ada safc boleh guna multimeter, dah ada dalam entri blog mengenai bagaimana menggunakan multimeter untuk mendapatkan bacaan voltage TPS

    ReplyDelete
  7. salam bro..boleh tolong mcm mane nak pasang r-spec mivec conrtoller? dah terai pasang tapi mivec bukak mcm slow je

    ReplyDelete
  8. lepas pasang set mivec buka pada berapa rpm

    ReplyDelete
  9. abg jeff, nak tanya, ape sbbnya kalo saya punya engine terasa kosong walopon tgh tekan padel....contohnya:
    tgh drive dalam 40-50kmj walopun tgh tekan padel, ttp seperti kosong, n kembali ok selepas bebrepa ketika.....bila bawak 20-30kmj plak, keta jadi senguk2 bila lepas minyak,kena sentiasa tekan padel n klac....benda nih terjadi selpas saya tukar camshaft 93 utk 91 sy.....harap ada penjelasan.....
    kerana sy sudah anta ke bengkel, pomen naikkn timing jadi 1500rpm utk elakkan keta sy jadi sengguk2.....timing terlampau tinggi xselesa plak nk drive bila tgh berhenti kat trafic light....:(

    ReplyDelete
  10. sebab tukar cam tu kot, kena setting balik dengan mengambilkira bacaan ketika BTDC. distributor pun kena adjust mengikut bacaan berdasarkan komputer atau timing light

    ReplyDelete
  11. so, nak setting nih, kena g anta setting guna komputer ke abg jeff?

    ReplyDelete
  12. kancil l200s klu pki safc xpyh pkai tps boleh kew?

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors