Fuel Pump Evo

entri blog hari ini ialah mengenai bagaimana memasang internal fuel pump ke dalam tangki wira. fuel pump yang hendak dipasang ini diambil dari mitsubishi evo 3 jadi rate dan pressure minyak sudah tentu berbeza dengan standard fuel pump wira. ikuti step seterusnya di bawah ini



gambar ini ialah fuel pump di luar tangki minyak yang kenali juga sebagai external fuel pump.


ini pula ialah gambar fuel pump yang terletak di dalam tangki minyak atau dikenali sebagai in-tank fuel pump. kebayakan enjin mitsu yang berkod 4G9x menggunakan brand DENSO dan proton wira menggunakan fuel pump jenis VDO


salah satu wrench penting untuk membuka fuel line di bahagian tepi tank nanti iaitu flare wrench supaya nat tidak loose. kalau menggunakan open wrench pun boleh tapi berhati-hati


langkah pertama ialah unplug socket ke tangki minyak yang berada di bawah carpet bahagian seat belakang penumpang sebelah kiri, perlu buka seat penumpang


hulurkan soket ini keluar dari body kereta supaya semasa mengeluarkan tank nanti tidak tersangkut dengan wiring ini


seterusnya tanggalkan klip hose tempat kemasukan minyak di belakang sebelah kiri bahagian bawah kereta. di sini ada dua hose iaitu hose utama kemasukan minyak dengan membuka klip nat 10mm manakala hose breather di bahagian tepinya dengan menanggalkan klip sahaja.

apabila hose ini dah dibuka, tibalah masanya anda melihat bahagian bawah berhampiran tepi tank di bahagian kanan. di sini terdapat 3 hose yang perlu dibuka iaitu hose utama dari tank ke enjin dengan menggunakan flare wrench bersaiz 14mm. manakala 2 lagi hose yang menggunakan klip iaitu return fuel hose dan hose canister, hanya buka klip dan cabut hose berkenaan.

barulah buka 4 biji nat 14mm untuk mount tank yang berada di keliling tank. lapik tank dengan plywood dan disokong dengan jack pada bahagian bawah tank. lepas buka nat tersebut, perlahan-lahan turun tank dengan hati-hati. sekarang tank telah dapat dikeluarkan dari kereta


untuk mengeluarkan fuel pump anda dikehendaki membuka 6 biji skru bersaiz 8mm pada bahagian luar bracket pump. buka nat dan keluarkan pump dengan hati-hati, jangan sampai terkoyak seal getah antara penutup bracket dengan tank


ini rupa pump pada bracketnya


keluarkan pump lama dan bersedia untuk dimasukkan dengan fuel pump evo3. gambar atas sebelah kiri ialah fuel pump standard wira 4G13 manakala di sebelah kanan ialah fuel pump evo 4G63. saiz dan bentuk sama, boleh terus plug & play pada bracket standard pump wira. pump wira VDO dan mitsu brand DENSO


proses membuka klip pada hose fuel pump


penulis sedang memasukkan fuel pump mitsu pada bracketnya


fuel pump yang dah siap dipasang pada bracket dan bersedia dimasukkan kembali ke tank wira


dah siap pasang pada tank, ketatkan nat secukupnya dan sambung balik soket pump berkenaan


pasang tank pada body dan sambung semula setiap hose yang dibuka dengan berhati-hati. pastikan tiada kebocoran minyak berlaku selepas kereta dihidupkan

review selepas pemasangan fuel pump ini ialah, kereta dapat dihidupkan dengan mudah tanpa perlu crank yang panjang, sekali crank je kereta daapt hidup. tidak seperti sebelum ini owner terpaksa crank 2 atau 3 kali uantuk menghidupkan kereta terutamanya pada waktu pagi. masalah crank dah selesai cuma owner nak tunggu satu barang je lagi untuk proses seterusnya


sekian, terima kasih
jumpa lagi