Lancer Digital Clock Wiring Diagram

saya telah mendapat cadangan dari follower blog saya untuk menunjukkan cara-cara bagaimana mewiring jam digital yang terdapat pada panel aircond lancer manual. kebanyakan dari kita menukar dashboard lancer pada wira dan memasukkan sekali panel aircond manual lancer, oleh yang demikian, jam pada panel berkenaan perlu re-wiring semula supaya dapat berfungsi dengan baik



saya telah menukar dashboard wira standard ke lancer, jadi perlulah membuat beberapa ubahsuai tertentu seperti, memindahkan suis aircond ke sebelah kanan dashboard lancer dan memindahkan suis heater ke tengah dashboard. perlulah dijalankan proses wiring pada suis berkenaan


dah siap pasang dashboard, bermulalah proses untuk mewiring jam digital pada panel aircond manual lancer



inilah rupa panel jam digital pada panel aircond manual lancer. saya telah keluarkan jam ini daripada panel aircond untuk memudahkan pemahaman bagaimana proses wiring yang akan dilakukan nanti


belakang jam digital lancer dan bahagian bawah sebelah kanan ialah tempat memasukkan soket wiring nanti


soket wiring untuk jam digital lancer terdapat 4 wayar semunya, iaitu wayar
1. blue - 12v acc
2. black - ground
3. red stripe black - constant 12v
4. green stripe yellow - tak pakai

wayar biru ini berfungsi untuk memaparkan nombor jam tersebut, sebab itu kena sambung pada 12v acc. jika kita on kereta jam tersebut akan hidup sebab dah supply 12v pada jam tersebut. wayar merah dan hitam tu untuk mengekalkan memori jam supaya tidak reset apabila off kereta nanti


soket telah dimasukkan pada panel jam


saya menggunakan adapter indoor sahaja untuk menguji jam tersebut, setkan pada 12v


wayar black stripe white (positif +) dan solid black (negatif - )


sambungkan wayar merah pada 12v constant, hitam ke negatif. masa ni sebenarnya jam dah hidup tapi digit tak dipaparkan lagi. bila wayar biru disambung pada 12v barulah digit nombor pada jam akan keluar


apabila wayar biru dipisahkan (bermakna kita off kereta) jam akan padam dan pada hakikatnya masih lagi hidup tapi paparan tak nampak


paparan dah hilang bila wayar biru ditanggalkan dari 12v (off kereta)


sambung balik wayar biru ke 12v paparan digital muncul kembali dengan memori masih lagi kekal seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas


proses wiring pada kereta yang dah siap


untuk menjelaskan lagi bagaimana jam ini berfungsi, sila lihat video di atas. maaf sebab terdapat audio yang kurang memuaskan, ada kerja-kerja pertukangan di kejiranan saya

sekian, terima kasih
jumpa lagi