entri kali ini boleh dikatakan sangat mudah iaitu bagaimana cara membuka seat belakang kereta wira sedan, kalau satria, putra dan wira aero lain caranya tapi boleh jugak dijadikan panduan berdasarkan wira sedan ini. mungkin ada yang nak tukar seat sendiri atau nak tukar pelampung minyak dan sebagainya, maka perlulah membuka seat belakang ini
seat belakang wira telah ditukar dengan seat RECARO GSR dalam keadaan kedudukan pada tempatnya seperti gambar di atas. untuk makluman seat evo 123 pun boleh dimasuk secara plug & play pada wira sedan
pada bahagian bawah seat iaitu tempat duduk terdapat satu klip kiri dan kanan seperti ini. tarik klip pencangluk yang berwarna hitam untuk unlock tapak seat tersebut, buat kiri dan kanan. gambar atas ialah lock seat sebelah kiri
ini pula ialah lock seat sebelah kanan. selepas itu barulah boleh dikeluarkan seat dempat duduk dengan menarik ke hadapan secara mudah sahaja
untuk mengeluarkan tempat penyandar seat perlu dibuka 3 iaitu pada bahagian kiri dan kanan nat 10mm dan bahagian tengah ada 1 nat 12mm. gambar atas proses membuka nat sebelah kanan