entri kali ini ialah bagaimana prose menukar linkage gear wira/mitsu dan juga pemasangan short shift pada gear tersebut. linkage gear terutamanya pada bahagian tuil gear terdapat bush-bush tertentu untuk menjadikan pengendalian gear mantap dan sekiranya bush berkenaan rosak atau pecah akan menyebabkan gear susah hendak dimasukkan dan terlalu banyak free play pada batang gear tersebut. anda boleh menukar bush gear yang boleh dibeli di mana-mana kedai spare part dengan harga yang murah sahaja. entri ini ialah penukaran keseluruhan linkage gear dariapda proton ke linkage evo kerana memnag terdapat perbezaan antara keduanya walaupun kelihatan fizikalnya adalah sama. bila dah pasang baru tahu perbezaannya..
linkage gear evo/lancer yang boleh diperolehi di kedai halfcut
short shift aftermarket tak ada brand, besi berat dan nampak ok je
buka pin klip pada hujung cable gear yang bersambung ke gearbox dan keluarkan hujung berkenaan
cable gear telah dikeluarkan dari sambungan gearbox
buka arm rest dan console gear
tapak gear pada body ada 4 nat 12mm. setelah 4 nat dibuka terdapat du biji nat 12mm lagi pada bahagian tengah cable gear, boleh dilihat pada bahagian bawah dashboard berhampiran dengan firewall bahagian dalam kereta
bush yang rosak diganti dengan yang elok
bush rosak, dah hilang bahagian tengahnya