Race Tech Chasis Alignment Kit

race tech chasis alignment kit menawarkan kemantapan sistem chasis kereta anda dan kini anda boleh merasai perubahan serta merta setelah memasang alat ini pada kereta anda. kalau honda terkenal dengan rigid collar kini proton pun ada penyelesaiannya dengan adanya chasis alignment kit (CAK) yang harganya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan rigid collar, namun kualitinya hampir setanding antara keduanya. kali ini saya tunjukkan langkah pemasangan CAK secara DIY dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan peralatan mencukupi


6 unit CAK race tech dibuat daripada aluminium dengan aeronautics kualiti T-6061 dan CNC untuk menutup ruang (engineering tolerance) pada subframe kereta anda


dengan pemasangan alat ini ruang kemasukan nat yang diikat ke chasis akan menjadi padat dan seolah-olah langsung tiada ruang lagi pada subframe kereta dan akan menyebabkan subframe menjadi rigid dan kukuh seterusnya memantapkan pengendalian kereta


kedudukan 6 biji CAK pada subframe. harus diingat kerja pemasangan CAK ini boleh dikatakan agak sukar dan mencabar kerana terpaksa menurunkan subframe dari chasis (tidak perlu keluarkan subframe dari kereta). turunkan sekadar untuk memasang CAK pada lubang nat subframe. semasa memasang kembali subframe pun sukar jugak sebab nat dah tak boleh bergerak sebab dah tidak ada ruang pada subframe tersebut, jadi perlulah kesabaran semasa memasang kembali nat terutamnya nat pada hujung atau belakang subframe (rujuk gambar di atas) yang begitu susah untuk dipasangkan... anda janga memaksa mengikat nat kerana boleh merosakkan thread pada chasis...


jack kereta, buka tayar kiri dan kanan kereta


peralatan yang digunakan, jack stand kiri dan kanan kereta manakala jack gunting untuk menampung subframe nanti


bersedia untuk kerja seterusnya...


bagi yang memakai drop link evo hendaklah membuka bahagian atas drop link supaya subframe dapat ditrunkan dengan mudah


crossmember juga perlu dibuka


buka nat 17mm pada bahagian belakang subframe, ada 2 biji nat di kiri dan kanan kereta


buka satu nat yang mengikat subframe pada chasis hadapan, gunakan spanar box panjang dan hulurkan melalui tengah lower arm. pada masa ini ampu subframe dengan jack di kiri dan kanan kereta sebab subframe boleh jatuh ke bawah apabila nat ini dibuka. anda juga pelu membuka bracket nat steering rack


contoh pemasangan pada nat subframe depan


apabila subframe dapat diturunkan sedikit, masukkan CAK pada lubang hujung atas subframe, rujuk gambar diagram pemasangan di atas


bahagian bawah masukkan pada nat panjang 17mm tadi dan pasang pada kereta


CAK dah siap pasang pada tempat yang telah ditentukan. bila dah masukkan semua 6 bijik CAK pusingkan nat perlahan-lahan dan sekata antara kiri dan kanan kereta serta depan dan belakang subframe, kalau senget sudah tentu nat sukar dipusingkan


dah siap tertanam pada TAC saya... belum test lagi sebab siap tadi pun dah pukul 12.45, bersiap dulu untuk solat jumaat. petang nanti test dan akan direview di sini serta di FB saya

klik link berikut untuk melihat video bagaimana ia berfungsi
rigid collar

sekian, terima kasih
jumpa lagi