Steering Rack Super Pro Bush

bersua kembali... entri kali ini iaitu bagaimana proses penukaran steering rack bush dan jenama yang saya pilih ialah SUPER PRO BUSH, tidak asing bagi peminat kereta mengenai brand ini. kalau bush steering rack dah rosak atau kemek maka steering sedikit meliar dan kadang-kala pemanduan rasa macam kereta ke kiri dan ke kanan mengikut alunan jalan. untuk mengesan bush yang rosak iaitu semasa park kereta, enjin tidak dihidupkan, gerakkan stereng ke kiri dan ke kanan dengan pergerakan yang cepat dan perhatikan pada steering rack. jika steering rack bergerak mengikut pergerakan stereng tadi maka tibalah masanya untuk menukar bush yang baru


performance suspension bushing SUPER PRO


dua biji steering rack bush untuk wira/waja/lancer dengan harga antara rm80-rm120


jack kereta perlulah digunakan untuk menampung berat kereta dan sebagai langkah keselamatan kerana proses penukaran bush ini banyak bekerja di bahagian bawah hadapan kereta, dengan kata lain bahagian bawah enjin kereta


buka crossmember terlebih dahulu iaitu pertamanya buka nat 17mm pada bahagian mounting hadapan dan belakang. kemudian buka 2 biji nat 17mm bahagian hadapan crossmember dan 2 biji lagi nat 17mm pada bahagian belakang, keluarkan crossmember


buka 2 biji nat 17mm pada bracket bush asal yang terdapat pada kiri dan kanan steering rack


bracket bush kanan telah dibuka dan bush lama telah dikeluarkan


nat 17mm crossmember, nat 17mm bracket bush steering rack. besi bentuk U di sebelah kanan ialah bracket bush RH (kanan kereta)


inilah bush lama yang telah dikeluarkan dan anda nampak getah berpetak di sebelah kanan ialah potongan timing belt lama yang saya lapik pada bush ini. boleh juga dibuat seperti ini tetapi lama-kelamaan bush akan kemek jugak


SUPER PRO dan OEM bush


SUPER PRO ternyata lebih kenyal jika dibandingkan dengan OEM bush dan sebab itulah bush biru tersebut lebih tahan lama jika dibandingkan dengan bush standard


untuk memudahkan pemahaman lihat gambar ini dan bulatan merah ialah tempat bush di pasang pada steering rack


bush RH telah dipasang pada steering rack


ini pemasangan bush LH pada steering rack


dua biji bush telah siap dipasang, maaf gambar tak berapa jelas memandangkan ruang yang sempit pada bahagian bawah kereta


pasang bracket dan ketatkan nat secukupnya... barulah pengendalian kereta mantap dengan adanya bush baru

sekian, terima kasih
jumpa lagi