Crystalize Your Headlamp

entri kali ini saya paparkan bagaimana cara diy untuk mewarnakan headlamp dengan menggunakan kit crystalite headlamp. pelbagai pilihan warna yang ada disediakan seperti pink, light red, light blue, dark blue dan beberapa warna lagi. bagi headlamp plastik lama-kelamaan akan menjadi kekuningan akibat kepanasan bulb headlamp atau pun terjemur di bawah sinaran cahaya matahari setiap hari. jadi penyelesaiannya anda boleh mewarnakan headlamp yang kekuningan dengan warna pilihan masing-masing


terlebih dahulu sediakan kertas pasir no. 1000 grit dan 2000 grit untuk proses ini. terlebih dahulu gosok headlamp palastik dengan kertas pasir 1000 dan kemudian kertas pasir 2000 grit


inilah kit crystalite warna dark blue atas pilihan owner kereta


kit crystalite berserta arahan bagaimana cara hendak menggunakan pada headlamp. boleh digunakan sama ada headlamp plastik ataupun headlamp kaca


headlamp toyota wish ini nampak kekuningan


terlebih dahulu gosok dengan kertas pasir 1000 menggunakan air


kemudian kertas pasir 2000 grit


dengan menggunakan rubbing compound dan mesin, polish headlamp untuk melincinkan balik permukaan headlamp agar tidak kusam


seterusnya gunakan preparation compound dan polish dengan menggunakan mesin supaya dapat memudah dan mempercepat kerja


sapu preparation compound yang datang bersama kit crystalite tadi


setelah siap polish


kekuningan telah hilang


sapukan crystal premier pada headlamp mengikut arahan tertentu


setelah crystal premier disapu pada headlamp


bersedia untuk menyapu coating warna yang dikehendaki


sapukan coating warna mengikut arahan yang dibekalkan dan biarkan kering. coating warna ini akan kering sepenuhnya selepas 24 jam

sekian, terima kasih
jumpa lagi