bersua kembali... entri kali ini ialah mengenai bagaimana service caliper brake hadapan. kebiasaannya kalau brek dah jem piston caliper akan lekat dan tidak tendang balik, dengan ini akan menyebabkan brek sentiasa menekan disc dan ada ketikanya akan berbau hangit dan kereta akan menjadi berat. lebih teruk disc akan menjadi merah berasap. oleh itu sudah tiba masanya piston caliper diservice dengan menukar brake repair kit yang boleh diperoleh di kedai spare part dengan harga rm30 sahaja
untuk mengeluarkan piston brake anda perlu menekan pedal brake berkali-kali hingga piston keluar seperti gambar di atas. minyak brek akan keluar pada masa ini. lihatlah betapa banyak karat pada piston di atas dan inilah yang menyebabkan brek lekat
sediakan juga minyak brek sama ada dot 3 atau dot 4. botol biru ialah brand BENDIX dengan harga sekitar rm15
keluarkan caliper seperti di atas
piston yang dikeluarkan dari caliper
dust boot yang melindungi piston yang dah koyak, boleh menyebabkan air masuk dan seterusnya menghasilkan karat pada piston
keluarkan klip boot piston seperti di atas untuk mengelurkan getah piston
cungkil oil seal piston
bersihkan piston supaya karat hilang
semburkan WD40 dan gunakan kertas pasi grit 1000 untuk melicinkan piston
piston caliper yang siap dibersihkan