assalam... dan salam sejahtera, bersual lagi dengan entri penukaran fuel rail standard kepada fuel rail jenis works, kebetulan saya dapat ni agak murah (barang 2nd) rakan forum jual, jadi saya ambik untuk jalan projek kat kereta
hujung fuel rail standard kebiasaannya terdapat regulator tapi saya dah mod hujung ni untuk dipadankan dengan braided hose yang kemudiannya bersambung ke SARD adjustable fuel regulator. buka dulu hose yang bersambung dengan hose pada bahagian kiri dan kanan duel rail. sebelum terlupa PASTIKAN TERMINAL NEGATIF BATERI DIBUKA TERLEBIH DAHULU untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maklumlah main dengan petrol ni kena lebih berhati-hati
fuel rail standard wira atau mitsu lebih kurang sama sahaja
buka nat 12mm untuk mengeluarkan fuel rail dan berhati-hati dengan washer hitam di bawah fuel rail
perlahan-lahan keluarkan fuel rail dan pada masa ini injector pun turut terkeluar bersama-sama dengan fuel rail
fuel rai dan injector masih lagi bersambung dengan soket wiring ke injector
gunakan screw driver kecik untuk mengumpil klip besi seperti gambar di atas untuk mengeluarkan soket dari fuel rail, simpan dengan baik pin atau klip berkenaan kerana jika klip tidak dimasukkan pada soket fuel rail akan menyebabkan soket longgar dan boleh tercabut
fuel rail standard, injector dan di belakangnya ialah works fuel rail for 4G9x
brass fitting yang saya gunakan untuk memasang sard fuel regulator pada hujung works fuel rai. saiz fitting ini ialah 1/8 npt boleh didapati di mana-mana hardware
SARD fuel regulator dan meter untuk dipadankan pada works fuel rail
sambungkan aftermarket fuel regulator dengan menggunakan fitting tadi mengikut kedudukan seperti di atas
beginilah rupa apabila fuel regulator dipadankan dengan fuel rail. gunakan teflon tape putih untuk menyambungkan fitting dan ketatkan mengikut yang sepatutnya agar tidak belaku kebocoran petrol semasa kereta dihidupkan
keadaan works fuel rail, injector dan SARD adjustable fuel regulator. tidak ada lagi hose panjang untuk menyambungkan adjustable fuel regulator seperti yang kebiasaan yang digunakan oleh orang ramai
sudah siap sedia untuk dimasukkan pada kereta
masukkan fuel rail dengan hujung tip injector masuk sepenuhnya ke dalam intake manifold dan kenakan semula 2 biji nat 12 mm untuk mengikat fuel rail
dah siap bolehlah start kereta dan serta merta periksa setiap sambungan yang dibuat tadi agar tida ada minyak petrol keluar. kalau ada kebocoran segera off enjin dan keluarkan semula fuel rail dan ketatkan fitting dengan berhati-hati. fitting ini dibuat dari tembaga dan sekiranya over tighting boleh menyebabkan fitting ini pecah