Engine Mounting Replacement

Bersua kembali dengan entri bagaiman menukar mounting enjin sebelah kiri iaitu kalau enjin wira atau mitsu kod 4G mounting ini sebelah timing belt atau dalam istilah automobil disebut LH mounting. apabila getah mounting telah koyak atau rosak maka perlulah kita menukar dengan yang baru, kerosakan mounting ini boleh menyebabkan enjin bergegar semasa idling dan kadang-kala boleh menyebabkan enjin kelihatan senget sedikit

ini merupakan enjin mounting 4G92/93 enjin mitsubishi dan boleh dikatakan sama sahaja bentuknya dengan mounting enjin wira cuma yang membezakannya ialah sama ada auto atau manual dan berapa cc kereta tersebut. kalau 1.3/1.5 sama sahaja antara keduanya dan 1.6/1.8 pun begitu juga

LH engine mounting wira/mitsu

terlebih dahulu sebelum membuka enjin moutnting ini hendaklah ampu bahagian bawah enjin dengan menggunakan jack atau apa-apa sahaja bahan yang boleh menyokong enjin supaya tidak terjatuk ke bawah kerana keadaan ini boleh menyusahkan kita semasa memasang mounting baru nanti

buka nat bracket aircond hose sebab nat ini dipasang pada mounting

kelihatan 3 biji nat bersaiz 17mm untuk enjin

buka juga nat 19mm bahagian tengah mountung yang bersambung ke chasis kereta

setelah kesemua nat ini dibuka barulah mounting dapat dikeluarkan

mounting lama yang dah koyak sedikit pada bahagian bentuk V atas

mounting lama yang dikeluarkan

mounting lama dan baru

pandangan bahagian atas mounting

kedudukan getah mounting yang lama (kanan) getah dah ke atas sedikit

pemasangan mounting baru

ketatkan nat secukupnya

mounting yang telah siap dipasang

sekian, terima kasih
jumpa lagi