Front Anti Roll Bar

 bersua kembali setelah sekian lama blog saya ini tidak dikemaskini, pertengahan tahun agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja sebagai penjawat awam tambahan pula ibu mentua diserang stroke dan sekarang pun masih terlantar di HSNZ, moga dirinya cepat sembuh. entri kali ini ialah bagaimana saya telah memasang drop link nissan serena pada antiroll bar standard wira dan hasilnya sama seperti menggunakan antiroll bar dan drop link evo
 inilah serial number dan no part drop link nissan serena c23 - front absorber link dengan harga rm40 sebatang, jadi perlu dapatkan sepasang dengan jumlah harga rm80 sepasang dan kalau beli anti roll bar evo rm150 ke atas dan itu tidak termasuk kos pemasangan lagi

sebelum memasang drop link ini terlebih dahulu absorber kereta anda perlulah ada bracket atau dalam bahasa mudah istilah pomen 'telinga' iaitu bracket dan lubang untuk dipadankan dengan drop link evo atau nissan serena. untuk memasukkan drop link nissan serena perlulah di'rebore' atau dibesarkan sedikit lubang ini kerana hujung drop link serena besar dan tidak muat untuk dimasukkan ke lubang bracket absorber

 sepasang drop link nissan seren C23 yang boleh diperoleh dengan mudah di mana-mana kedai spare part

 sebatang drop link, washer, bush dan dua bijik nat masing-masing bersaiz 19mm dan 17mm

 lebih besar jika dibandingkan dengan drop link evo atau GTI

 kedudukan bush sate standard pada kereta wira

 bush sate ini perlu dikeluarkan dan tidak lagi disambungkan ke lower arm apabila menggunakan drop link nissan serena nanti

 bush standard yang dikeluarkan

 kelihatan aga uzur dan sepatutnya perlulah ditukar dengan yang baru

 sepasang bush sate wira 1.3-1.8 GTI dan wira SE first batch tidak menggunakan bush sate seperti ini

 nampak rupa macam sate tak?

 setelah lubang dibesarkan sedikit maka pasanglah bahagian atas ini dengan kemas

 bahagian bawah dipasangkan pada antiroll bar, masa pemasangan bahagian bawah ini kelihatan agak senget sedikit sebab masa ni tayar tergantung dan apabila siap semuanya dan dijatuhkan tayar seperti biasa kedudukan ini tidaklah ketara sengetnya, dah cantik kedudukan drop link ini

 siap dipasang pada wira 1.6 yang menggunakan adjustable absorber

ini pula kedudukan pada antiroll bar R3 yang menggunakan drop link evo/GTI, lihatlah perbezaan dengan gambar atas, function dah jadi macam menggunakan antiroll bar evo

sekian, terima kasih
jumpa lagi