Hubcentric Spacers

Berjumpa lagi... agak sibuk sikit sekarang terutamanya pada hujung minggu dengan kerja-kerja lain lebih penting, oleh itu blog agak lambat diupdate. namun, saya akan pastikan juga akan ada bahan tertentu yang akan dimuatkan dalam blog saya ini pada setiap bulan. entri kali ini ialah proses pemasangan spacer yang ada hub centric iaitu, center cone sekali dengan spacer alloy. kebanyakan spacer biasa tidak dibuat sekali dengan hubcentric dan ini boleh menyebabkan gegaran berlaku terutamanya pada kelajuan tinggi

saya beli kat US secara online memandangkan kat negara kita ini agak payah untuk mendapatkan spacer with hubcentric. gambar atas ialah barang baru direct dari luar negara, lebih kurang hampir 2 minggu kebiasaannya baru barang diterima

inilah rupa hubcentric spacer iaitu spacer yang ada center cone sekali, pastikan semasa membeli hubcentric betul-betul sesuai dengan hubcentric asal kat kereta kita kerana hubcentric tersebut akan betul-betul fit masuk pada kereta, tidak ada free play

spacer ini dibuat daripada alloy bermutu tinggi dan amat ringan jika dibandingkan dengan spacer biasa. tujuan saya menggunakan spacer ialah supaya offset rim akan terkeluar sedikit memandagkan rim saya offset 43 nampak ke dalam sikit daripada fender kereta. jadi saya gunakan spacer 10mm dan jika ditolak dengan offset rim bermakna offset rim pada kereta saya sekarang menjadi +33, nampak gagah sikit kedudukan tayar pada kereta dan pemanduan pun akan menjadi lebih stabil

huncentric sebenarnya boleh diasingkan dari spacer seperti pada gambar di atas

test dulu masukkan hubcentric atau kita lebih mengenalinya dengan nama center cone pada hub asal, memang fit dan tepat-tepat masuk pada hub asal, saya gunakan hub dan knuckle evo3

test masuk spacer memang cantik kedudukannya, dan kelihatan nat rim dah jadi pendek jadi terpaksalah kita tukar dengan stud yang panjang yang dapat sekali dengan spacer yang dibeli

 ini stud dapat sekali dengan spacer, kesemuanya 8 batang
kelihatan stud berbeza sedikit dengan yang standard pada kereta, agak panjang

sebelum memasang stud yang baru kita kena ketuk keluar stud asal dengan tukul untuk mengeluarkannya dari kereta, ketuk dengan berhati-hati dan stud ini agak mudah dikeluarkan melalui bahagian belakangnya

  pasangkan stud baru dengan cara seperti di atas

dah siap pasang stud baru

gambar sebelum spacer dipasang, rim nampak agak ke dalam sikit sebab offset rim +43. kalau nak cantik boleh gunakan offset rim +35 - 39 tetapi kalau 35 tayar akan sagat sedikit pada fender kalau kereta terlalu lowered

dah siap pasang spacer dan akan nampak kedudukan rim terkeluar sedikit dari fender

sekian, terima kasih
jumpa lagi