entri kalai ini sebenarnya hasil sumbangan rakan FB saya, terima kasih kepada Lipasfly MoonCraft atas perkongsian dan ehsan gambar mengenai masalah odometer yang tidak berfungsi dengan sempurna. dalam hal ini speedometer dapat berjalan dengan baik tetapi odometer iaitu angka untuk mileage gagal berfungsi, jadi sudah sampai masanya untuk kita buat sesuatu. ikutilah gambar dan langkah yang berikutnya
ini ialah meter kereta satria 4G13 yang odometernya gagal berfungsi dengan sempurna. untuk menjalankan diy ini terlebih dahulu keluarkan meter dari tempatnya, cara untuk keluarkan meter dari dashboard telah ditunjukkan pada entri yang lalu, sila rujuk semula
asingkan cermin meter dari housingnya, tidak mempunyai apa-apa skru hanya ada klip sahaja pada bahagian atas dan bawah meter, umpil klip dengan berhati-hati
sediakan juga gam yang sesuai seperti rapid steel 4 minutes epoxy. brand lain boleh digunakan juga
kertas pasir grit 800 atau 1000
apabila meter telah dibuka, jarum speedometer yang berwarna merah itu perlulah dipisahkan dari meter iaitu dengan hanya menarik ke bahagian hadapan meter dengan berhati-hati
setelah jarum speedometer dapat dikeluarkan, buka 2 skru kecil seperti di atas yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan speedometer
perhatikan jarum meter telah dikeluarkan, begitu juga dengan 2 biji skru pada bahagian kiri dan kanan tempat speedometer
keluarkan pula panel meter (penunjuk km tersebut)
buka 3 biji skru yang menempatkan odometer pada housingnya
perhatikan panah yang menunjukkan gear berwarna hijau, gear inilah yang selalunya bermasalah yang menyebabkan odometer tidak dapat berfungsi dengan baik. kebiasaannya gear dah loose iaitu hanya batang tengahnya sahaja yang berpusing, gear hijau tu tidak turut serta berpusing
gear hijau ini perlu dicabut
apabila gear dicabut gunakan sedikit kertas pasir untuk mencuci batang gear hijau tersebut. gunakan sedikit gam dan letakkan pada batang gear hijau tadi dan pasangkan semula gear tersebut
pasangkan gear seperti kedudukan asal
pasang semula pada housingnya
pasangkan balik panel meter seperti asal dan bolehlah pasang meter pada dashboard. tunggu dahulu supaya gam tadi betul-betul kering sepenuhnya. kalau gam rapid steel seperti di atas mengambil masa hanya 4 minit untuk melekat dengan baik. sekali lagi terima kasih kepada rakan FB saya - Lipasfly MoonCraft
sekian, terima kasih
jumpa lagi
jumpa lagi