Wira SE Speedometer Switch - Muaz Milan

entri kali ini saya nak kongsikan suatu masalah yang berlaku kepada rakan FB saya iaitu Muaz Milan. masalah kereta wira se beliau ialah apabila memandu melebihi 110kmj akan keluar check engine light. rakan saya itu menghubungi saya untuk mengetahui masalah tersebut tetapi saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku dan mencadangkan kepada beliau supaya menjalankan diagnose menggunakan komputer. apabila menggunakan komputer tidak ada apa-apa error yang dapat dikesan. dengan menggunakan self diagnose iaitu menggunakan LED pun tidak dapat mengesan apa-apa masalah yang berlaku. saya pun tidak tahu apa harus dilakukan sebab tidak ada pengalaman mengenai masalah seperti ini. minggu ini beliau telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa masalah itu telah selesai dan sebenarnya masalah itu berlaku disebabkan speedometer switch telah rosak. gambar di bawah menunjukkan secara jelas apakah itu speedometer switch

inilah meter wira se dan perlulah membuka dan mengeluarkan meter tersebut untuk menukar speedometer switch dengan yang baru. dalam entri blog terdahulu ada menunjukkan cara-cara bagaiman membuka panel dashboard untuk mengeluarkan meter

terdapat dua skru phillips pada bahagian yang ditunjukkan iaitu pada bahagian kiri dan kanan panel head unit. buka dengan berhati-hati agar tidak mencalarkan head unit anda kerena skru ini berada di bahagian bawah seperti yang ditunjukkan di atas

kemudian buka pula beberapa skru pada bahagian panel meter seperti di atas dan dengan berhati-hati umpil ke arah anda untuk mengeluarkan panel tersebut. perlu berhati-hati kerana panel ini diperbuat daripada plastik, kemungkinan akan pecah atau retak akan berlaku sekiranya kita tidak berhati-hati

keluarkan panel dashboard dan sebelum anda dapat mengeluarkannya unplug terlebih dahulu soket-soket suis di belakang panel tersebut seperti soket jam, soket suis untuk heater, soket suis aircond dan soket suis hazard pada bahagian kanan panel

barulah meter dapat dikeluarkan dengan membuka 4 biji nat yang berada di bahagia atas kiri dan kanan meter serta berada pada bahagian tepi kiri dan kanan meter

tarik meter ke arah anda dengan berhati-hati untuk mengeluarkannya dan anda akan dapat lihat dua soket meter dan cable speedo meter terlekat pada dashboard

sebenarnya tak perlu buka meter sepert gambar di atas, saya buka sebab nak tukar meter rpm dan meter minyak yang problem dan kebetulan nak tukar speedometer switch juga

panah menunjukkan speedometer switch pada bahagian belakang meter wira SE

bulatan merah ialah tempat bulb meter dan sekiranya anda hendak menukar kepada bulb LED maka perlulah membuka soket bulb tersebut, ada 4 bijik semuanya. petak kuning menunjukkan speedometer switch yang perlu ditukar dengan yang baru

buka 4 biji nat seperti yang ditunjukkan dan bersedia untuk ditukarkan dengan yang baru

 ini ialah speedometer switch proton wira SE yang boleh diperoleh di kedai spare part atau terus ke pusat service eon untuk membelinya. ribuan terima kasih kepada rakan FB saya (Muaz Milan) yang berkongsi masalah kereta beliau dan dapatlah dijadikan bahan entri blog saya sebagai perkongsian untuk semua

sekian, terima kasih
jumpa lagi