Water Pump Pipe Replacement

bertemu lagi dengan entri penukaran water pump pipe kereta kancil. sudah 2 minggu kereta ini tersadai kat rumah tuannya, hampir nak overheat masa balik kerja kerana air telah hampir kering, nasib baik sampai kat rumah baru tahu apa punca sebenarnya iaitu hujung pipe ini telah berkarat dan mereput sebab itulah air keluar sedikit demi sedikit. hose air pun kena tukar sekali sebab dah keras sangat, luaran nampak cantik tapi sebenarnya pada bahagian dalam memang dah diselaputi dengan karat. picit hose kalau dah keras tu bermakna eloklah tukar sekali dan kalau lembut masih ok lagi

bumper kena buka dulu, ada beberapa nat 10mm pada bahagian atas bumper, pada bahagian fender dan pada bahagian belakang foglamp kiri dan kanan, kena umpil dulu foglamp baru dapat buka nat tersebut pada bahagian bumper

keluarkan bateri untuk memudahkan kerja-kerja seterusnya

radiator pun kena keluarkan, buka klip hose radiator terlebih dahulu

dua hose yang telah agak keras kalau dipicit menandakan bahagian dalaman dah berkarat teruk, fizikal luaran nampak masih cantik. bahaya pakai hose keras macam ni kerana bila-bila masa boleh bocor

inilah water pump pipe yang telah berkarat dan bocor

colse-up bahagian yang bocor

pasang water pump pipe, ada nat 12mm pada bahagian belakang extractor, kena buka cover extractor terlebih dahulu untuk membuka nat pipe tersebut

pasang hose baru

masukkan radiator

pasang balik clip hose radiator

saya menggunakan coolant toyota seperti di atas. sebelum tu flush dulu radiator dan juga dalam engine supaya segala karat hilang 

masukkan coolant dan selebihnya tambah air

start kereta dan biarkan sampai normal temp, pastikan radiator fan berfungsi seperti biasa

semasa memanaskan kereta perhatikan tempat pemasangan dan penyambungan supaya tiada kebocoran berlaku

pelbagai saiz o-ring untukdigunakan pada kereta, termasuk o-ring untuk water pump pipe

terima kasih
sincerely - jeff tacra