Myvi Caliper Problem

bertemu lagi dengan entri terkini iaitu mengenai penyelesaian bunyi bising pada caliper myvi. kebiasaannya apabila melalui jalan tidak rata akan keluar bunyi sesuatu macam besi berlaga area caliper myvi. oleh itu jalan penyelesaian yang paling mudah dan simple iaitu dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah ini. oversize pin caliper ada jual tapi harga sekitar rm80 untuk satu set, dengan mod yang saya buat ini harga tak sampai pun rm5.00, saya dah pakai dan guna agak lama masih lagi tidak ada masalah. untuk makluman saya pakai caliper dan rotor disc myvi kat perodua viva saya, pada mulanya memang keluar bunyi bising area caliper, rupa-rupanya pin caliper ada gap sebab itulah bunyi tu akan keluar

buka nat 14mm caliper pin atas dan bawah caliper

keluarkan caliper 

tak perlu buka hose caliper

cabut pin caliper atas dan bawah, hati-hati dengan boot takut koyak

sepasang pin caliper atas dan bawah berserta dust boot

pin inilah yang selalunya mendatangkan masalah kerana ada gap semasa caliper terpasang. so saya tunjukkan bagaimana nak bagi fit balik pin caliper ini dengan kos yang sangat murah

gunakan heatshrink, saiz saya tak ingat tapi memang betul-betul fit dengan pin tersebut

grease secukupnya

potong heat shrink seperti gambar yang ditunjukkan untuk dua pin

masukkan heat shrink pada hujung pin caliper

panaskan heat shrink supaya betul-betul kemas pada pin caliper

sapukan grease

pasang balik boot

masukkan pin tadi ke tempatnya. perlu tekan sikit dan pusing-pusing supaya betul-betul fit pada tempatnya. sekaran tiada lagi gap antara pin dan housing caliper tersebut. setakat saya guna dah hampir 3 tahun pun masih ok lagi. heat shrink tidak akan membuatkan caliper anda jem atau lekat kerana bahan ini lembut sahaja tambahan pula dalam tu ada minyak grease

pasangkan balik caliper dan test kereta anda. tida lagi bunyi knocking pada bahagian caliper ini

terima kasih
sincerely - jeff tacra