TPS & Idle Switch

bertemu lagi dengan entri yang mungkin ada dalam kalangan pengunjung blog ini sudah mengetahui iaitu bagaimana mengubahsuai idle switch pada throttle body mivec ke throttle position sensor 4 pin khusus bagi pengguna yang masuk throttle body S90 pada enjin mivec. enjin evo/gsr tidak ada idle switch pada throttle body dan tak jadi masalah kalau pengguna enjin ini hendak menggunakan S90. kalau enjin mivec masuk throttle body S90 dan sekiranya anda tidak menggunakan idle switch makan idling kereta akan tidak stabil, naik turun dan tidak tetap kedudukannya. jadi perlul;lah idle switch ini ditukar ke TPS yang mempunyai switch, saksikan setersunya


ini ialah throttel body 4G92 mivec 60mm dan bulatan merah ialah idle switch untuk menstabilkan idling kereta. kalau diuji dengan mencabut soket ketika kereta dihidupkan, idling kereta akan naik turun dan tidak stabil

lagi gambar kedudukan idle switch pada throttle body. TB VR4 pun kalau tak silap saya ada idle switch ini begitu juga dengan enjin mitsu MVV. wire yang bersambung ke situ berwarna kuning stripe merah

ini pula kedudkan throttle position sensor pada throttle body, hanya ada pada TB mmc sahaja dan bagi pengguna wira VDO tps ini tidak ada pada TB. mivec menggunakan 3 pin TPS

bagi yang memasang throttle body 70mm S90 sudah pasti tidak akan menjumpai tempat untuk dimasukkan idle switch ini dan kalau entri sebelum ini ada saya tunjukkan bagaimana mengubahsuai bracket untuk memasang idle switch pada S90, tetapi sekarang tidak perlu lagi kerana saya telah berjawa menggunakan TPS 4 pin untuk menggantikan idle switch asal ini

idle switch hanya untuk close dan open circuit sahaja

TPS 2 pin ini tidak diperlukan lagi

bahagian dalaman TPS yang bersambung ke butterfly throttle body

inilah TPS asal mivec iaitu hanya ada 3 pin sahaja iaitu + (positif 5v), O (voltage output) dan - (ground). perhatikan ada tempat kosong di sebelah O tersebut

ini pula ialah TOS 4 pin yang boleh diperoleh dari throttle body EVO, GSR atau 4G91 yang mempunyai satu pin tambahan yang ditanda dengan huruf S (switch) dan inilah yang kita gunakan  menggantikan idle switch asal throttle body mivec tadi. cabut soket dan tambahkan wiring ke S ini

ini marking pada TPS 4 pin

jadi, pindahkan wire idle switch asal ke pin bertanda S, anda boleh ambik female pin kat soket lama dam masukkan ke dalam soket TPS asal dan sambung wire kuning stripe merah tadi. apabila telah selesai, setkan bacaan voltage TPS mengikut yang sepatutnya dan test kereta anda

terima kasih
sincerely - jeff tacra