Viva Autoflip Side Mirror

bertemu kembali dengan entri mengenai pemasangan side mirror autoflip perodua viva yang diambil dari daihatsu AVY keluaran japan. side mirror hanya plug and play tetapi wiring kena buat balik memandangkan soket side mirror viva dengan avy sangat berbeza. gunakan 3 wire asal pada kereta untuk adjust cermin, cuma perlu tambah dua wire sahaja untuk fungsi flip side mirror. prses wiring pada kereta sedikitpun saya tidak memotong wiring asal sama ada pada suis atau pada soket side mirror. kena buka pin asal dan cucuk pada soket avy dan pada suis saya gunakan pin lain dan dicucuk pada soket, keterangan lanjut akan saya paparkan di bawah ini

terlebih dahulu kena umpil cermin bagi kedua-dua side mirror sama ada viva atau avy untuk menyalin kulit luar viva kepada side mirror avy, tak perlu cat lagi. umpil cermin dengan berhati-hati seperti gambar yang ditunjukkan. perhatikan ada tempat yang disediakan untuk screw driver flat untuk mengumpil cermin

keluarkan cermin side mirror avy

bahagian luar inilah yang perlu ditukar dengan side mirror viva nanti, jadi tak perlu susah-susah beli cat atau hantar kedai untuk cat baru. hanya gunakan semula cover side mirror viva sahaja

klip yang perlu dibuka untuk membuka cover luar side mirror, ada 3 klip yang perlu diumpil dengan menggunakan tangan sahaja. tak perlu gunakan apa-apa tool kerana dikhuatiri akan patah klip tersebut

keluarkan cover side mirror

cover side mirro viva yang berwarna putih (atas) dan dari avy (bawah)

seterusnya pasang balik cover side mirror viva pada side mirror autoflip avy. sekarang dah bertukar wajah menjadi warna asal kereta

seterusnya proses wiring pula perlu dilakukan. sebelum ini side mirror asa viva hanya mempunyai 3 wire sahaja dan sekarang terdapat lima wire iaitu tambahan dua wire untuk buka dan tutup side mirror. wire pada soket asal side mirror viva tak perlu potong, hanya keluarkan pin asal pada soket asal dan masukkan ke dalam soket side mirror avy. jadi hanya perlu tambah dua wire sahaja untuk buka dan tutup side mirror. dah selesai untuk soket side mirror

ini ialah pin soket yang saya ambik dari soket terpakai wiring lancer untuk digunakan pada soket suis perodua viva. wire tak perlu ambik, hanya ambik pin sahaja

 pin yang akan dipadankan dengan soket suis asal viva nanti

masukkan wire dari 2 wire untuk flip side mirror ke dalam pintu dan melalui getah untuk ke bahagian bawah dashboard

ini laluan wire dari pintu kiri, melalui bawah dashboard ke bahagian kanan untuk disambukan dengan suis nanti

ini ialah soket side mirror avy dan wire asal perodua viva saya pindahkan ke dalam soket ini, hanya tambahan ada dua wire untuk flip

ini pula pin yans saya gunakan untuk dipadankan dengan soket asal viva, jadi tak perlu potong mana-mana wire, hanya cucuk je dalam soket asal

close up pin lancer yang digunkan tadi. sekarang ada dua soket iaitu satu soket asal suis perodua viva dan satu lagi soket suis avy

dah siap sambung dan test side mirror anda

apabila dah siap sepenuhnya, masukkan suis ke tempat asalnya. untuk makluman suis side mirror avy tidak boleh dimasukkan pada tempat asal suis perodua viva kerana suis avy agak panjang sedikit dengan viva. saya gunakan suis daihatsu L5 atau L7 pun boleh digunakan, sebab itulah suis ini nampak terbalik tapi masih boleh dimasukkan dengan kemas pada tempatnya

sekarang side mirror autoflip dah berfungsi sepenuhnya pada perodua viva

terima kasih
sincerely - jeff tacra