Hot Inazma Grounding & Volt Stabilizer

Bersua lagi dengan entri mengenai grounding dan volt stabilizer bagi sesebuah kereta. grounding memainkan peranan penting bagi sesebuah kenderaan kerana keseluruhan badan kereta merupakan grounding atau bersifat negatif ( - ). sesebuah kereta baharu sistem eletrikal memang cantik dan voltage pun masih lagi stabil jika dibandingkan dengan kereta lama yang sudah dimamah usia. jadi perlulah kita menambahkan sedikit cable grounding untuk mengembalikan semula kestabilan arus eletrik pada kereta kita.

sebagaimana yang kita ketahui kebanyakan kereta terutamanya proton atau mitsu mempunyai hanya satu cable grounding utama sahaja iaitu daripada terminal negatif bateri disalurkan ke body kereta dan hujungnya dipalam pada gearbox iaitu pada nat starter. dengan satu cable inilah cas negatif dialirkan dan dikembalikan semula pada bateri
 
sekarang terdapat pelbagai jenis dan jenama grounding aftermarket yang dihasilkan oleh pengeluar untuk keperluan pada kereta dan ditambah pula dengan pelbagai warna sebagai menyerikan lagi ruang enjin kereta. pilihlah grounding dari jenama terkenal yang terdapat di pasaran tetapi harus diingat juga jenama yang diciplak daripada jenama terkenal begitu banyak di negara kita. saya sendiri pun tidak pasti bagaimana untuk mengenali antara jenama original atau jenama tiruan kerana rupa dan packaging 99% sama seperti original. sudah pasti baranagan tiruan ini kualitinya dan fungsinya tidak sama seperti keluaran asli barangan tersebut
ilustrasi di atas pula ialah mengenai point grounding bagi wiring harness kereta mitsubishi/proton. itulah kedudukan grounding asal untuk membolehkan sesebuah peralatan eletrik berfungsi dengan sempurna seperti radio, lampu, ecu dan lain-lain peralatan lagi. keadaan body kereta yang berkarat dan reput juga mempengaruhi pengaliran letrik ini dan menjadikan arus elektrik pada sesbuah kereta tidak stabil. kalau anda memasang volt meter sudah pasti kita dapat lihat pergerakan turun naik voltage kereta

ini pula ialah diagram untuk memasang grounding cable pada enjin yang dikeluarkan oleh PIVOT, japan. dengan penambahan sekurang-kurangnya 5 point grounding pada point dan tempat yang dicadangkan sudah cukup untuk menstabilkan arus eletrik dan membolehkan enjin berfungsi dengan lebih efisien

pilihlah jenama yang sudah ada nama di arena pemotoran ini seperti pivot, hks, hot inazma grounding dan lain-lain lagi. ada juga sesetengahnya yang menggunakan cable welding 300A atau 400A untuk dijadikan cable grounding dan hasilnya pun boleh dibanggakan

beberapa point grounding yang dicadangkan seperti gambar di atas bagi enjin mitsubishi atau proton. terpulang kepada individu untuk menambahkan pada tempat-tempat lain yang bersesuaian
$ads={1}
ini ialah grounding keluaran PIVOT iaitu ignition earth yang saya beli terus dari JAPAN dengan kos hampir sama dengan yang dijual di negara kita, ternyata pembelian secara terus ini sudah pasti barangan original

pasangkan hujung pada terminal negatif bateri mengikut manual pengguna yang disertakan

satu lagi hujung pada rocker arm enjin seperti gambar di atas. boleh juga dipasangkan pada tempat lain mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar, boleh rujuk manual

gambar atas ialah grounding cable yang dipasangkan pada sesebuah enjin. ada pengguna yang menyembunyikan cable dan tidak kurang juga yang memasangkan pada bahagian atas enjin untuk menyerikan lagi ruang enjin. terpulang kepada individu

seterusnya bahagian kedua yang dibincangkan di sini ialah volt stabilizer yang berperanan untuk menstabilkan arus eletrik bagi sesebuah kenderaan. sekiranya kita mempunyai volt meter kita akan nampak perubahan turun naik voltage bagi enjin dan ini menunjukkan voltage kereta kita tidak stabil akibat penggunaan peralatan eletrik tertentu seperti aircond, lampu, radio dan sebagainya. jadi dengan penambahan volt stabilizer sedikit sebanyak dapat menstabilkan arus eletrik kereta

sama seperti grounding cable, volt stabilizer juga terdapat pelbagai jenama di pasaran dan ada dalam kalangan kaki eletronik yang menghasilkan sendiri volt stabilizer dengan menggunakan komponen-komponen elektronik tertentu. jenama pivot banyak menghasilkan volt stabilizer di pasaran dengan pelbagai fungsi seperti yang diperkatakan oleh pengeluar. pemilihan jenama yang betul memang dapat menstabilkan arus letrik dan kalau drop pun tidak ketara sangat seperti sebelum pemasangan peralatan ini

volt stabilizer hanya mempunyai dua cable sahaja yang kebiasaannya dipasangkan pada terminal negatif dan positif bateri, tetapi ada juga yang menggabungkan kedua-duanya sekali seperti keluaran sun auto dengan jenama popular hot inazma hyper

gambar atas ialah peralatan keluaran pivot iaitu spark earth yang juga berfungsi sebagai grounding untuk kereta

saya telah memilih volt stabilizer jenama hot inazma hyper dengan tiga cable grounding, ditambah pula dengan pivot ignition earth serta pivot spark earth dan hasilnya sangat positif. lampu menjadi terang, idling kereta smooth, voltage tak drop keterlaluan dan lain-lain lagi. kalau sebelum ini kereta saya apabila berjalan pada waktu malam, pertukaran gear akan nampak kelipan cahaya lampu sedikit tetapi dengan pemasang peralatan ini semua ini tidak ada lagi. begitu juga dengan bacaan voltage kereta, cold start 14.2v, idling normal temp 14.0v dan semasa kereta bergerak stabil antara 13.8-13.9v. tetapi harus diingat hot inazma hyper 2nd pun dah mencecah rm600 dan ke atas

terima kasih
sincerely - jeff tacra

18 Comments

  1. bang jeff,diagram kt atas tu,yg ground kt bulk head tu,bulk head tu ape?tq

    ReplyDelete
  2. firewall ataupun bahagian atas dinding ruang enjin iaitu yang memisahkan ruang enjin dengan dalaman kereta. kalau wira ada satu nat 10mm yang bertanda E (earth)

    ReplyDelete
  3. bang jeff,reading kt megaraizin tu dpt dlm 13.7v je la..satria 1.6..xdpt 14v mse idling normal temp.,de problem ke?

    ReplyDelete
  4. reading 13.7 tu dah kira normal, tidak ada apa-apa masalah

    ReplyDelete
  5. Bang jeff..kalau utk kancil, kat mana point utk firewall tu? Ke blh men letak je mana2?

    ReplyDelete
  6. SALAM BRO..NK TNY KO PNY HOT INAZMA 2 BRAND APE??BLI HALF CUT @ FIRST HAND?

    ReplyDelete
  7. spark tu untuk apa ye cikgu.. kalau tak bubuh tak pe ke

    ReplyDelete
  8. assalam..Bacaan volt bawah 13 ok x bro? & apa sebabnya jika bateri masih baru?

    ReplyDelete
  9. Nak beli kat mana benda ni..? Teringin juga nak pasang. Agak2 berapa bajet diperlukan ye...

    ReplyDelete
  10. Saya guna hot inzalma l/r kat alza.. ok x hanya yg tu sahaja guna

    ReplyDelete
  11. Salam, kereta sy kalau buka lmpu, pusing steering,tekan suis tingkap, rpm pun turun sikit...tu masalah grounding ke?

    ReplyDelete
  12. Salam, kereta sy kalau buka lmpu, pusing steering,tekan suis tingkap, rpm pun turun sikit...tu masalah grounding ke?

    ReplyDelete
  13. Salam bang..kalu bateri kt blakang (bonet)kena pakai grond cable panjang ke

    ReplyDelete
  14. Salam bang..kalu bateri kt blakang (bonet)kena pakai grond cable panjang ke

    ReplyDelete
  15. Berminat pemasangan grounding www.facebook.com/kabelsimple

    ReplyDelete
  16. cikgu, mana lebih ok:

    -pasang grounding cable + volt stabilizer

    atau pasang relay kit sahaja.

    atau pasang semua sekali?

    ReplyDelete
  17. Fantastic blog you have here. You’ll discover me looking at your stuff often. Saved! V guard digi 200 price

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors