OBD2 Socket Conversion

salam sejahtera, bersua lagi kali ini dengan entri mengubahsuai socket OBD2 pada enjin 4g9x atau dengan kata lain bagaimana cara membuat wiring dan memasang socket untuk multi unit tester (MUT) dengan menggunkan soket OBD2. kebanyakan enjin 4g9x Mitsubishi menggunakan soket OBD1, jadi entri ini sangat penting kepada pengguna kereta bernadikan enjin 4g9x yang mempunyai masalah untuk menggunakan MUT bagi menjalankan diagnosis enjin masing-masing. hal ini berlaku disebabkan ada dalam kalangan pomen yang mengacuk wiring proton dengan wiring dashboard Mitsubishi ketikan menjalankan proses memasang enjin dan seterusnya membuat pendawaian kereta

gambar atas merupakan contoh multi unit tester (MUT) atau scantool untuk mendiagnosis enjin injection dengan menggunakan male socket OBD2 yang dipadankan dengan female socket OBD2 pada sesbuah kereta. kebanyakan kereta baru menggunakan soket OBD2

 soket hitam di sebelah kiri merupakan soket OBD2 manakala di sebelah kanannya pula ialah soket OBD1 bagi kebanyakan enjin Mitsubishi 4G9X. ada sesetengah kereta baru sekarang menyediakan kedua-dua soket berkenaan tetapi kebanyakannya hanya menggunakan satu sahaja iaitu soket OBD2

perhatikan soket OBD1 pada bahagian bawah dashboard bagi enjin 4G9x iaitu soket putih 12 pin di sebelah kiri fuse box

close-up kedudukan soket OBD1 pada wiring dashboard 4G92 Mitsubishi

 kedudukan pin soket OBD2 yang mempunyai 16 pin

 soket OBD2
 soket 12 pin OBD1

 soket OBD1

bagi pengguna enjin 4g9x dan bermasalah untuk menggunakan komputer (MUT) jangan risau kerana anda boleh membuat sendiri wiring dengan menggunakan soket OBD2 dan telah terbukti sebaik sahaja langkah ini diikuti atau berjaya dilakukan MUT boleh digunakan dengan cemerlang. perhatikan gambar soket ECU di atas dan penyambungan wiring hanya pada soket tengah ecu iaitu soket 16 pin sahaja
$ads={1}
 kedudukan soket tengah 16 pin pada ecu 4g9x

pengiraan kedudukan pin pada soket ecu bermula pada sebelah kiri dengan mengambil kira pandangan dan kedudukan soket seperti gambar di atas

dalam mod ini yang terlibat hanya pada 2 pin pada soket tengah 16 pin sahaja

sekarang perhatikan diagram di atas. lihat pada soket tengah 16 pin dan saya telah tandakan pada pin 12 dan 13, ini merupakan pin untuk ecu diagnosis. jadi anda perlu tarik atau tambah 2 wire pada ecu seperti kedudukan dia atas dan di sambung pada pin soket OBD2 seperti rajah di bawah

wire pada pin 13 tadi berwarna green/white dan disambungkan ke pin no 1 soket OBD2 manakala wire pada pin 12 yang berwarna yellow pula disambungkan pada pin no 7 soket OBD2. pada soket OBD2 pin no 4 pula sambungkan ke body (ground) kereta dan pin 16 soket OBD2 sambung ke 12v sama ada menggunakan wire acc atau constant 12v pada kereta. setelah siap proses ini bawalah kereta anda ke bengkel yang menyediakan perkhidmatan diagnosis MUT untuk diuji, sekarang anda dah boleh menggunakan peralatan komputer untuk diagnosis enjin kereta

sebenarnya di luar Negara ada menjual soket adapter iaitu dari soket OBD1 ke OBD2. entri ini hanya khusus kepada pengguna kereta yang mempunyai masalah tidak dapat menggunakan MUT system kerana masalah wiring sahaja

terima kasih
sincerely - jeff tacra

35 Comments

  1. salam bro jeff.. wira 4G15 bole guna OBD2 tester x?

    ReplyDelete
  2. Bro, pin 4 chasis ground, pin 5 signal ground?saya terbaca dalam artikel.

    ReplyDelete
  3. nk cari mana soket obd2 tu bro? half cut ada jual ka? boleh pakai semua model kreta atau kena cari model mitsu jugak?

    ReplyDelete
  4. Iyer la..mana nk carik soket obd2 tu? Saya nk...

    ReplyDelete
  5. biasanya kat halfcut ada jual soket ni, harga pun murah je

    ReplyDelete
  6. dah dpt soket obd 2 ni..amik dari waja... dah try sambung...saya beli obd2 elm327 vgate scan.. nnt berjaya saya update...tq bro tacra.. u r da best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. elm327 vgate x boleh baca bro,yg boleh baca guna vgate elm327 kete perdana je..klau nak ken modified elm327 tu..rege dkt rm160..sy pon duk trai jugak..tapi apakn daya x blh..

      Delete
  7. sukses!!akhirnya dapat baca ecu.terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete
  8. ilsor76..pakai ecu kod apa dan enjin apa? saya punya scantool masih x dapat detect juga ecu tu.. hampanya.. semua wayar dah ikut aturan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun Software kena la ada Scantool kena update. Tak semua scantool boleh baca semua jenis kenderaan...kalau xada software memang xboleh baca laa

      Delete
  9. ilsor76..pakai ecu kod apa dan enjin apa? saya punya scantool masih x dapat detect juga ecu tu.. hampanya.. semua wayar dah ikut aturan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak scan kena tgk dri segi protocol iso,can,pwm,vpw,kwp
      stiap scan@ software bukan smua blh baca..
      iso pin4,5,7,15,16
      can pin4,5,6,14,16
      pwm pin2,4,5,10,16
      vpw pin2,4,5,16
      kwp pin4,5,7,15,16
      utk mitsubishi 1pink,4negatif ( - ),7yellow,16positif (+)

      Delete
  10. Salam brader jeff, 4G63 boleh buat gak ke pakai pin 12 / 13 tu untuk pakai OBD2 ?

    ReplyDelete
  11. Abg jeff, kreta i perdana 4g63 dulu masa convert ambik wiring n ecu evo. Tgk bawah steering socket odb tu yg v6 punya 16pin. i try cucuk test light kat port nombor 1 tu asyik menyala je macam wayar direct. Syak pomen dulu xtlg saya buat cam cara blog abf jeff ni. Kalau saya nak wiring cam panduan abg jeff ni, saya ambik wayar drpd ecu dan buat cabang dan tarik ker socket obd2 tu bleh tak? Takut wayar ecu tu akan jd kurang currect plak slps saya tap wayar buat cabang cam tu dan tarik ke obd2 tu. bleh x?

    ReplyDelete
  12. kalau 4g93 tahun 96 boleh pakai OBD tak..ade bace yang ecu lama boleh pakai MUT je..sebab protokol tak same..

    ReplyDelete
  13. A'kum semua, untuk mengetahui lebih lanjut tentang obd mitsubishi ini boleh layari ke web saya di mitsuduino.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. saya berjaya menggunakan cara ni. Tapi bila cuba guna elm327 xleh connect ngan ecu. adakah sbb protokol?

    ReplyDelete
  15. Salam bro ilsor76, dapat x gune dgn elm327 bluetooth tu x? sy br nk beli... 4g15 mmc... kalau dah nod soc obd 2 boleh pakai x? bro tacra, boleh terangkan x beza MUT dgn bluetooth ni? thnx

    ReplyDelete
  16. nak tanya, kat mana ye kedudukan obd port utk proton gen 2 2008?
    tq

    ReplyDelete
  17. Tuan, saya ada masalah nak cari soket OBD2 dlm kereta saya. Wira kacuk Mivec ck 4G92... Boleh tolong tak admin.... PM ok. Betul2 perlukan pertolobgan otai2

    ReplyDelete
  18. Sy pun xjmpa soket OBD2.wira enjin 4g91.hrp tuan dpt mmg mbantu sy.tq

    ReplyDelete
  19. mod ni boleh buat elm327 bluetooth detect ecu 4g18 dalam torque tak?

    ReplyDelete
  20. Bro.. Mcm mana nak mod pakai kat viva 1.0? Pm sy di 0126493588-sham

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum abg Jeff, dlm gbr soket yg di jual di luar negara, ada satu soket kecil. Soket kecil tu perlu sambung di mana? TK

    ReplyDelete
  22. Encik Tacra, tumpang tanya ye, 4g93 Satria Gti ada dah sebenarnye OBD2 ni dan saya ada MUT Autel MD802, tapi dia tak nak jugak detect ECU... Ni Masalah MUT ke masalah ECU ke camni, mohon pencerahan...

    ReplyDelete
  23. Nak tambah sket info... ECu mitsubishi.. Tahun 2000

    ReplyDelete
  24. Workshop proton mana di Klang Valley yang ada MUT Mitshubishi Original yang berfungsi untuk diagnose Wira 1.6 year 2000 (4G92).

    Saya ada issue dengan check light (knock sensor fault).

    Tx. David. 0178826700

    ReplyDelete
  25. You there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. Quality content is what always gets the visitors coming. diagnostics for cars

    ReplyDelete
  26. tuan..boleh dapat pin out ecu perdana v6 dan sei..terima kasih

    ReplyDelete
  27. Sy ada masalah check enjin menyala enjin jd gegar timing tinggi rendah dh bwa cucuk computer tp xdpat punca error filed

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors