Oil Catch Tank

bertemu lagi dengan entri mengenai oil catch tank iaitu satu tank kecil yang biasanya dipasang pada sesebuah enjin kendeeraan berkuasa turbo ataupun enjin NA yang hi-rev seperti mivec dan lain-lain lagi. sebenarnya fungsi oil catch tank ialah untuk memerangkap vapour minyak hitam yang boleh mengakibat kekotoran pada throttle body berlaku. bila diperhatikan akan ada satu hose ventilation dari rocker arm cover disalurkan ke hose air filter dan seterusnya akan masuk ke intake manifold melalui throttle body. oleh itu dengan pemasangan oil catch tank boleh mengurangkan dan seterusnya boleh mengatasi masalah kekotoran pada bahagian intake throttle body kerana wap minyak hitam dari enjin akan dikeluarkan dan disalurkan ke hose air filter.

banyak OCT after market di pasaran sekarang dengan pelbagai jenama yang dikeluarkan oleh pengeluar dan boleh dibeli dengan harga yang murah sahaja. gambar di atas ialah brand CUSCO dan kalau brand ini yang original satu set harganya kira-kira rm650. kini dengan harga rm80 sahaja anda boleh memperoleh OCT cusco ini di negara kita dan sudah pasti ianya imitation, namun boleh digunakan pada jentera anda

DIY kali ini saya tidak menggunakan OCT yang besar seperti gambar di atas tadi, tetapi saya hanya menggunakan fuel filter useable iaitu filter kecil yang boleh dicuci dan diguna semula, sebabnya saya tidak mahu menyemakkan engine bay kereta saya dengan OCT yang besar, makan ruang untuk memasangnya. jadi saya dapatkan filter useable ini di UK seperti yang tertera pada sampul bungkusan di atas

inilah rupa filter kecil tersebut yang diperbuat daripada besi tahan karat serta kaca yang tebal dan di dalamnya terdapat filter kecil yang boleh dicuci dan diguna semula. jadi boleh guna sampai bila-bila. filter kecil sahaja dan tidaklah susah untuk dipasang pada hose nanti, tambahan pula tidak nampak serabut dengan hose OCT yang besar

 IN iaitu sambungkan hose dari rocker arm cover

OUT sambung hose ke hose air filter

hujung filter ini boleh dibuka untuk tujuan mencuci jika dah kotor dengan hanya menggunakan spanar bersaiz 13mm

filter yang telah dipisahkan, sangat mudah untuk dibuka dan dipasang kembali

inilah filter yang boleh dicuci dengan menggunakan sabun dan sebagainya
$ads={1}
pasang balik filter pada tempatnya

cara pasang ialah pertamnya buka hose dari rocker cover ke hose air filter dan kemudiannya cabut inlet untuk hose seperti di atas

inlet hose asal ini kalau tak nak cabut pun boleh, kena potong pada bahagian tengah hose asal tadi dan pasang filter kat situ

masukkan filter

pasangkan filter dan hose

 kedudukan filter bila dah siap pasang bagi enjin 4G92M

terima kasih
sincerely - jeff tacra

22 Comments

  1. bang jepp brapa sharga seunit ni... berminat la...

    ReplyDelete
  2. salam cikgu...bleh gantikan filter nih untuk fuel filter jugak ke?tq

    ReplyDelete
  3. Salam bang jeff, camana filter ni dapat menakung minyak enjin? Macam dapat perangkap sikit je..

    ReplyDelete
  4. sesuai untuk enjin NA je ni, bukan banyak sangat untuk takung minyak hitam kat situ. kalau turbo kena pakai yang biasa

    ReplyDelete
  5. Saya dapat banyak jugala, tapi sambungan kat lain. dari cam cover pcv valve ke intake manifold. Tapi beli oct time tu terlalu besar plak, tengah survey nak cari yang kecik2, baru nampak kemas enjin.

    ReplyDelete
  6. dari situ tak mendatangkan masalah pada throttle body, pasang yang ni sebab nak jaga throttle body supaya tidak kotor

    ReplyDelete
  7. KALAU PASANG KAT PERSONA SAMA KE DIY YG BANG JEFF BG NI?

    ReplyDelete
  8. mana bleh dapat bli filter ni bang jeff???

    ReplyDelete
  9. Sy penah pasang kat situ tuk 1 bln...tp mcm tadak kesan la....filter bersih.....tp kalo pasang kat smbg PCV valve....sat ja penuh filter

    ReplyDelete
  10. berapa harganya bang?saya nak order kat abg bole? berminat sangat2 ne..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ...
    abg jeff kene start bagi link untuk dapatkan barang- barang yg abang jeff pasang ni lah rasanya ... ramai yang berminat dengan barang-barang ni, tapi kita takde info dan sumber untuk mendapatkan barang-barang ni semua...
    harap abang jeff tak keberatan untuk berkongsi ...

    terima kasih ...

    ReplyDelete
  12. as-salam... filter tue macam kt motot 4 lejang jer, beza nyer kt motor plastic. kedudukan kt enjin bay gak, leh gune kt kereta x ?

    ReplyDelete
  13. Salam Abg Jeff

    Apa beza OCT dalam market yang ada mini filter dan tak ada mini filter tu?

    ReplyDelete
  14. order je brg tu dgn jeff... bolehla dia dpt untung sikit sebab dia kongsi ilmu ni pon kira dah cukup bagus sebab percuma

    ReplyDelete
  15. brape harga filter tu abg jeff?
    kalau nk order dgn abg jeff bleh?

    ReplyDelete
  16. urusan pembelian boleh rujuk FB saya, terima kasih

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. salam bang, kalau psg kt myvi boleh ke? myvi saya biasa2 je...xde upgrade enjin.

    ReplyDelete
  19. salam abg jef,adakah pemasangan nya same utk 4G15 yg standard?

    ReplyDelete
  20. salam abg jeff, sy ader 1 OCT agak serupa dgn abg jeff punyer,
    cuma beza paip nyer agak kecil.
    ader mslh x kalau pasang.
    4g15 vdo standard

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors