Oil Catch Tank

bertemu lagi dengan entri mengenai oil catch tank iaitu satu tank kecil yang biasanya dipasang pada sesebuah enjin kendeeraan berkuasa turbo ataupun enjin NA yang hi-rev seperti mivec dan lain-lain lagi. sebenarnya fungsi oil catch tank ialah untuk memerangkap vapour minyak hitam yang boleh mengakibat kekotoran pada throttle body berlaku. bila diperhatikan akan ada satu hose ventilation dari rocker arm cover disalurkan ke hose air filter dan seterusnya akan masuk ke intake manifold melalui throttle body. oleh itu dengan pemasangan oil catch tank boleh mengurangkan dan seterusnya boleh mengatasi masalah kekotoran pada bahagian intake throttle body kerana wap minyak hitam dari enjin akan dikeluarkan dan disalurkan ke hose air filter.

banyak OCT after market di pasaran sekarang dengan pelbagai jenama yang dikeluarkan oleh pengeluar dan boleh dibeli dengan harga yang murah sahaja. gambar di atas ialah brand CUSCO dan kalau brand ini yang original satu set harganya kira-kira rm650. kini dengan harga rm80 sahaja anda boleh memperoleh OCT cusco ini di negara kita dan sudah pasti ianya imitation, namun boleh digunakan pada jentera anda

DIY kali ini saya tidak menggunakan OCT yang besar seperti gambar di atas tadi, tetapi saya hanya menggunakan fuel filter useable iaitu filter kecil yang boleh dicuci dan diguna semula, sebabnya saya tidak mahu menyemakkan engine bay kereta saya dengan OCT yang besar, makan ruang untuk memasangnya. jadi saya dapatkan filter useable ini di UK seperti yang tertera pada sampul bungkusan di atas

inilah rupa filter kecil tersebut yang diperbuat daripada besi tahan karat serta kaca yang tebal dan di dalamnya terdapat filter kecil yang boleh dicuci dan diguna semula. jadi boleh guna sampai bila-bila. filter kecil sahaja dan tidaklah susah untuk dipasang pada hose nanti, tambahan pula tidak nampak serabut dengan hose OCT yang besar

 IN iaitu sambungkan hose dari rocker arm cover

OUT sambung hose ke hose air filter

hujung filter ini boleh dibuka untuk tujuan mencuci jika dah kotor dengan hanya menggunakan spanar bersaiz 13mm

filter yang telah dipisahkan, sangat mudah untuk dibuka dan dipasang kembali

inilah filter yang boleh dicuci dengan menggunakan sabun dan sebagainya

pasang balik filter pada tempatnya

cara pasang ialah pertamnya buka hose dari rocker cover ke hose air filter dan kemudiannya cabut inlet untuk hose seperti di atas

inlet hose asal ini kalau tak nak cabut pun boleh, kena potong pada bahagian tengah hose asal tadi dan pasang filter kat situ

masukkan filter

pasangkan filter dan hose

 kedudukan filter bila dah siap pasang bagi enjin 4G92M

terima kasih
sincerely - jeff tacra