Powerzone Extractor For 4G9X

bersua lagi, sedar tak sedar dah masuk bulan 6, begitu cepat masa berlalu... entri kali ini ialah mengenai pemasangan extractor 421 keluaran powerzone yang dipasangkan pada kereta wira bernadikan 4G91 dan extractor powerzone ini boleh dimasukkan pada mana-mana enjin keluaran 4G sama ada 4G91/92/93/MIVEC dan yang sewaktu dengannya. sesungguhnya extractor keluaran powerzone ini telah terbukti boleh meningkatkan lagi keupayaan sesebuah enjin berdasarkan dyno yang dikeluarkan oleh pihak tersebut

order direct dari powerzone dengan menggunakan courier city link

extractor 421 powerzone

siap sedia untuk dipasang pada enjin 4G91, plug n play tanpa ada apa-apa pengubahsuaian bagi yang mengekalkan sistem extractor standard mitsu. kalau dah buat piping sebelum ini agak sukar sedikit kerana kemungkinan kedudukan bolt tidak sama

mulakan pemasangan

setelah dibuka cover extractor asal, beginilah rupa header asal 4G91

banyak juga kerja yang perlu dilakukan pada bahagian bawah kereta, jangan lupa untuk menggunkan jack stand untuk langkah keselamatan anda (safety first). pada bahagian bawah kereta buka nat penyambungan down pipe ke piping exhaust dan buka mounting pipe

perbandingan piping powerzone dan asal dan perbezaan yang boleh dilihat di sini ialah diameter piping powerzone lebih besar daripada standard serta kedudukan 2 piping juga lebih panjang bagi jenama powerzone; kedudukan nenas juga berbeza

header standard dan keluaran powerzone

pemasangan header dilakukan. pastikan sebelum buka nat header asal, spray dulu WD40 untuk mengelakkan nat stuck dan kemunkinan nat patah pada bahagian ini sentiasa berlaku, oleh itu ambik pencegahan awal dengan langkah yang dinyatakan tadi

keluarkan exhaust sensor dan pasang pada tempat baru. kedudukan sensor dah berubah, kalau sebelum ini pada bahagian hadapan enjin dan sekarang telah berubah pada bahagian bawah pipe exhaust

sedikit pengubahsuaian perlu dibuat iaitu dengan menyambungkan wire supasa sampai pada soket asal di bahagian kiri head engine

proses penyambungan wiring

ketatkan setiap nat 

 siap dipasang


start your engine 

dah siap sepenuhnya, nampak berkilat tetapi lama kelamaan akan berubah akibat kepanasan enjin dan tidak akan berkilat sperti ini. anda akan rasa perubahan sebaik sahaja memandu kereta dengan hanya memasang extractor ini

terima kasih
sincerely - jeff tacra