Rear Lower Arm Link & Stabilizer Link Wira

entri kali in pula ialah mengenai pemasangan rear lower arm link proton wira serta pemasangan stabilizer drop link belakang untuk anti roll bar wira 1.8 SOHC. lower arm link yang digunakan ialah diambil dari model proton persona iaitu secara keseluruhannya boleh dikatakan sama bentuk seperti lower arm link EVO. boleh dipasang secara plug n play pada mana-mana wira/satria/putra

satu set yang pendek dan panjang dari model proton persona boleh didapati di kedai spare part dan boleh dimasukkan pada kereta wira/satria/putra sama ada 1.3 hingga 1.8. lower arm link ini dah nampak sama seperti yang digunakan pada lancer evo jadi lebih mantap jika dibandingkan dengan yang biasa punya

ini pula ialah stabilizer link atau drop link proton iaitu link yang menyambungkan lower arm belakang ke anti roll bar. boleh menggunakan sama ada yang proton wira atau waja, sama sahaja

bush anti roll bar belakang wira 1.8 single cam. yang lama dah rosak kerana dah longgar iaitu ada pergerakan sedikit. caranya, pegang dan goyang dengan tangan pada anti roll bar belakang dan jika dah rosak bush atau stabilizer link, anda akan dapat rasa pergerakan yang agak kuat, menandakan sudah sampai masa untuk menukar dua barang tersebut

sebelum membuka lower arm link pendek, terlebih dahulu buat tanda pada bahagian belakang nat yang adjust chamber supaya semasa pemasangan yang baru nanti tidak akan lari dan tidak perlulah kita berkejar ke kedai tayar untuk membuat allignment semula

buka nat lower arm link, kebiasaannya yang pendek terdapat 3 nat iaitu yang bersaiz 17mm pada chasis kereta dan 2 biji nat 14mm pada trailing arm

perhatikan warna putih berhampiran dengan link tersebut. didapati apabila pemasangan dilakukan lower link ini hampir tersentuh dan kena dengan lebihan besi berkenaan. jadi perlu trim sedikit supaya tidak tersentuh dengan link yang boleh menghasilkan bunyi yang tertentu semasa memandu

sedia untuk trim sedikit besi berkenaan

proses membuang lebihan kepingan besi dengan menggunakan mesin grinder

dah ok dan bersedia untuk pemasangan seterusnya

apabila dikeluarkan lower arm link yang sedia ada pada kereta ini didapati keadaannya sangat teruk, sehinggakan bush boleh terpisah daripada tempatnya. sebab itulah owner kereta ini mengatakan terdapat bunyi yang sangat kuat pada bahagian belakang kiri kereta

pemasangan link panjang, juga terdapat 3 nat sahaja iaitu 2 nat 14mm pada body kereta dan satu nat 17mm pada bahagian atas trailing arm

ketatkan nat secukupnya dan semua ini saya lakukan dengan manual tanpa menggunakan compressor yang ternyata lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. akan difikirkan untuk membelinya pada suatu hari nanti

 stabilizer link juga dipasang iaitu sebagai penghubung antara lower arm dengan anti roll bar

 stabilizer link asal yang dah rosak, boot koyak dan di dalamnya berkarat

dah siap sepenuhnya. perubahan telah dapat dirasai, pemanduan lebih mantap dan kemas. ini diakui oleh owner kereta ini yang menghubungi saya semasa dia memandu balik sebentar tadi

terima kasih
sincerely - jeff tacra