Power Antenna Mast Replacement

Selamat tahun baru 2015, agak terlewat saya membuka lembaran 2015 ini memandangkan banyak kerja berkaitan dengan tugas hakiki sebagai penjawat awam dan barulah sekarang ada kelapangan sedikit untuk memasukkan entri baru ke dalam blog saya. agak lama saya tidak update blog ini dan banyak lagi entri-entri baru akan saya masukkan sedikit demi sedikit.

kali ini saya akan tunjukkan bagaimana membuka dan mamasang 'mast' antenna ataupun gigi antenna yang mana alat ini berfungsi untuk menaik dan menurunkan antenna. sekiranya antenna kereta anda naik separuh atau tak naik terus ini bermakna mast antenna anda telah pun putus dan hendak tak hendak terpaksa ditukar dengan yang lain ataupun anda boleh mengambil mast ini daripada antenna yang rosak. ikuti langkah penukaran mast ini seperti yang diterangkan di bawah

keluarkan antenna daripada kereta dan buka nat yang ada pada bahagian keliling power antenna tersebut. hanya menggunakan screw driver phillips sahaja

bahagian dalam setelah cover dibuka

keluarkan plastik putih iaitu housing mast antenna

kedudukan bahagian dalam antenna

kelihatan mast antenna yang telahpun putus dan inilah yang menyebabkan antenna naik hanya separuh sahaja

saya hanya replace dengan mast antenna yang lain iaitu yang diperolehi daripada power antenna yang telah rosak motornya

keadaan mast yang telah rosak dan dikeluarkan daripada housing antenna

sedia untuk dimasukkan pada tempatnya

antenna rosak yang saya ambil mast

lebihan mast yang putus

masukkan semula ke dalam antenna

proses replace yang telah dijalankan

masukkan seperti keadaan asal

siap dipasang

power antenna telah kembali pulih seperti asal dan berfungsi dengan baik

terima kasih
sincerely - jeff tacra