Sound Deadening

salam sejahtera. entri kali ini saya akan menerangkan mengenai sound deadening atau sound proof iaitu suatu bahan tertentu yang digunakan untuk ditampal pada bahagian-bahagian kereta yang bertindak sebagai penebat bunyi. sesebuah kereta jika dipandu di jalan raya kita akan dapati pelbagai bunyian tertentu seperti bunyi tayar di permukaan jalan, bising udara yang bergerak dan lain-lain lagi. apabila kita memasang sound deadening kebanyak bunyian seperti ini dapat dikurangkan dan hasilnya dalaman kereta akan menjadi lebih senyap, system audio bertambah baik bunyinya, hujan menimpa atap pun tak kedengaran sangat. sesungguhnya banyak manfaat sekiranya kita memasang bahan ini terutamnya pada bahagian pintu, lantai, bumbung dan boot kereta. kesan bunyi yang paling besar masuk ke bahagian dalaman kereta ialah pada bahagian pintu. jadi saya akan tunjukkan pemasangan sound deadening ini dan ada antara gambar yang saya copy daripada web tertentu sebagai rujukan

pelbagai jenama di pasaran yang anda boleh perolehi seperti jenama terkenal dynamat, stp dan lain-lain lagi. harga pulak bergantung kepada pakej yang anda hendak pasangkan pada kereta. ada yang pakej untuk pintu sahaja, untuk bumbung sahaja dan ada untuk pakej keseluruhan kereta. terpulang kepada anda untuk memilihnya


saya telah memilih jenama CR7 yang agak berbaloi jugaklah kerana harganya boleh dikatakan mampu milik iaitu satu set terdapat 9 keping yang bersaiz 32" x 18" dengan harga kurang daripada rm400. pakej ini ialah untuk 4 pintu, bumbung dan boot belakang kereta. anda perlu potong sound deadening ini mengikut kesesuai sais tertentu yang akan di tampal nanti

saya mulakan pada bahagian pintu Honda jazz ini. pertamanya perlu anda buka door trim kereta (rujuk entri door trim terdahulu). buka cover plastic pada bahagian pintu dan anda bolehlah memulakan kerja-kerja menampal sound deadening ini

ada sesetengah orang hanya menggunakan insulflex atau superlon sahaja sebagai sound deadening, penggunaan bahan seperti ini ternyata lebih murah jika dibandingkan dengan menggunakan bahan seperti yang saya tunjukkan, insulflex atau superlon perlu disapu gam terlebih dahulu tetapi bahan ini tak perlu lagi menggunakan gam. tambahan pula penggunaan gam perlu berhati-hati kerana lama-kelamaan boleh mendatangkan kesan karat pada bahagian berkenaan. pilihlah gam khas untuk superlon tersebut

perhatikan ruang dalaman pintu tersebut yang leihatan luas dan memudahkan kerja menampal sound deadening jika dibandingkan dengan pintu wira yang ruangnya agak terhad untuk kerja tersebut. lebih elok ditampal pada bahagian dalam pintu kereta anda

pemasangan yang telah siap dilakukan pada bahagian pintu belakang kereta Honda jazz. boleh juga tutup keseluruhan pintu tetapi sekiranya regulator power window rosak maka kerja-kerja untuk menukar peralatan tersebut masih boleh dilakukan dengan mudah

terdapat beberapa kaedah pemasangan sound deadening ini iaitu dengan menggunakan peralatan di atas untuk meretakan dan membolehkan bahan tersebut melekat pada permukaan besi yang di tampal. anda perlu menekan bahan tersebut pada semua permukaan supaya lekat dengan baik. penggunaan apa-apa bahan untuk menekan soung deadening terpulang kepada kreativiti masing-masing. kalau menggunakan hot gun lebih berkesan sebab bahan tersebut akan lebih mudah melekat ketika panas

selepas siap pasangkan semula cover plastic asal pada bahagian pintu. sebenarnya fungsi cover plastik ini ialah untuk menghalan air daripada memasuki dalam kerata sekiranya hujan. lebih baik pasang balik seperti asal

system bunyi kereta pun bertambah baik dengan pemasangan sound deadening ini, bunyi menjadi lebih padat dan tak perlu lagi tinggikan level volume head unit kereta anda

gambar sumber internet: keseluruhan bahagian panel pintu dipasangkan dengan sound deadening jenama popular dynamat

ini pula ialah bahagian boot belakang iaitu pada ruangan tayar spare dan ternyata apabila siap pemasangan pada bahagian ini bunyi bising ekzos kereta menjadi berkurangan dalam kereta. kereta menjadi lebih senyap

gambar ini pula ialah bahagian dinding tepi bahagian atas tayar serta pada bahagian tayar dan hasilnya bunyi bising tayar memang berkurangan. pemanduan menjadi lebih menyeronokkan

gambar sumber internet: sekiranya kita menampal pada bahagian atap bunyi yang terhasil pada bahagian ini akan berkurangan seperti bunyi hujan dan sebagainya

gambar sumber internet: proses pemasangan pada bahagian lantai

gambar sumber internet: bahagian bonet belakang. anda boleh rujuk kat internet cara-cara pemasangan dengan lebih detail lagi. youtube pun ada video tunjuk cara pemasangan agar proses ini menjadi lebih mudah

terima kasih
sincerely - jeff tacra